Harian Metro

Hamilton gah

- AFP

 Raih kemenangan keempat berturut-turut

Lewis Hamilton meraih kemenangan keempat berturut-turut pada Grand Prix British semalam untuk merapatkan kedudukan kepada satu mata dalam kejuaraan dunia di belakang pendahulu Sebastian Vettel.

Dalam perlumbaan dramatik dipenuhi insiden, Vettel mengalami tayar pancit pada lewat saingan dan berakhir di tangga ketujuh buat Ferrari selepas rakan sepasukann­ya Kimi Raikkonen turut memasuki pit kerana masalah sama pada hujung perlumbaan itu.

Kemenangan Hamilton, yang menyamai rekod dengan lima kemenangan dalam perlumbaan di laman sendiri dan ke-57 sepanjang kariernya, menyemarak­kan semula cabaran kejuaraann­ya apabila dia menang di depan rakan sepasukan Valtteri Bottas, yang bermula di petak kesembilan, dengan penguasaan satu-dua Mercedes.

“Ia satu perasaan yang sukar saya ungkapkan,” kata Hamilton. “Lihat saja penonton ini. Terima kasih kepada yang hadir. Semoga Tuhan membalas jasa anda!

“Ia amat mengagumka­n, saya teruja dengan ramainya kanak-kanak yang hadir.”

Raikkonen di tangga ketiga buat Ferrari selepas pasukan Itali itu membuat percaturan strategik dengan tayar mereka, di depan Max Verstappen dan rakan sepasukan Red Bull, Daniel Ricciardo, yang bermula di petak ke-19.

Nico Hulkenberg berakhir di tangga keenam bersama jentera Renault di depan Vettel, Esteban Ocon dan rakan sepasukann­ya di Force India, Sergio Perez dan Felipe Massa, yang berakhir di tangga ke-10 buat Williams.

Bottas berkata: “Saya amat gembira hari ini. Ia tidak mudah, dengan terlalu banyak kereta perlu dilepasi tapi pasukan ini melakukan strategi sempurna. Saya hanya bertenang dan kami berjaya menanganin­ya.”

Raikkonen berkata, dia kecewa dengan nasib tidak menyebelah­inya namun Vettel menyatakan dia tidak menyalahka­n pasukan itu. London: Garbine Muguruza

merangkul kejuaraan Wimbledon sulungnya sekali gus memusnahka­n impian Venus Williams melakar sejarah dengan kemenangan 7-5, 6-0 pada aksi final, kelmarin.

Garbine mengatasi Venus dengan persembaha­n mantap dan pukulan padu dalam 77 minit di gelanggang tengah untuk muncul pemain kedua Sepanyol menjuarai Wimbledon.

Disaksikan dari kotak diraja oleh Raja Sepanyol, Raja Juan Carlos, pemain berusia 23 tahun itu akhirnya menggengga­m Rosewater Dish dua tahun selepas tewas kepada adik pemain Amerika Syarikat itu, Serena pada penampilan final sulungnya di Wimbledon.

Lebih manis, jurulatih semasa Garbine, Conchita Martinez adalah pemain wanita pertama Sepanyol menang di Wimbledon pada

(gambar)

cubaannya muncul pemain tertua juara Wimbledon dalam era Terbuka.

Kembali ke final Wimbledon selepas lapan tahun, Venus berharap meraih kejuaraan keenam di Kelab All England, sembilan tahun selepas dia kali terakhir menjulang trofi.

“Tahniah Garbine. Saya tahu betapa anda bekerja keras,” kata Venus.

“Saya cuba sebaik mungkin untuk melakukan apa yang Serena lakukan, tapi saya fikir akan ada peluang lain selepas ini.”

 ??  ??
 ??  ?? HAMILTON bersama trofinya.
HAMILTON bersama trofinya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia