Harian Metro

Birdie lubang akhir lonjak Shanshan

-

AS: Pemain China, Feng Shanshan mencipta birdie lubang terakhir selepas 17 par berturut-turut untuk mendahului satu pukulan selepas pusingan ketiga Terbuka Wanita AS semalam yang turut dihadiri Presiden AS, Donald Trump.

Pemain berusia 27 tahun pemenang gangsa Olimpik Rio itu terlepas hanya satu fairway pada lubang ke-18 par lima, memukul bola tee ke rough sebelah kiri.

Namun dia memukul bola itu keluar ke fairway, pukulan ketiga singgah tiga kaki dari lubang kemudianny­a menolak masuk untuk menyempurn­akan catatan satu bawah par 71 pada pusingan ketiga.

Ia membolehka­n Shanshan mengumpul sembilan bawah par 207 selepas 54 lubang di Trump National dengan Trump antara yang menyaksika­nnya bermain pada kejuaraan utama ketiga musim LPGA.

“Saya berusaha keras untuk melakukan putt,” kata Shanshan. “Pukulan putt saya menjadi bagi dua hari pertama. Hari ini kelajuan saya tidak bagus, Pelan A saya tidak menjadi, saya terpaksa menggunaka­n Pelan B dengan memukul bola dekat dengan lubang.

“Di lubang ke-18, saya memukulnya amat dekat dan akhirnya melakukan birdie. Ia menyelamat­kan hari saya.”

Pemain Korea Selatan menguasai enam kedudukan seterusnya dalam kelompok pendahulu dengan pemain amatur nombor dua dunia berusia 17 tahun Choi Hye Jin dan Amy Yang berkongsi tangga kedua dengan 208 selepas 70 pada pusingan ketiga.

Park Sung Hyun di tangga keempat dengan 210 diikuti pemain nombor satu dunia Ryu So Yeon, Lee Mi Rim dan Lee Jeong-Eun semuanya 211. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia