Harian Metro

SIA-SIA FIKIR RONALDO

-

Old Trafford selepas Manchester United membuka tirai siri jelajah Amerika Syarikat dengan kemenangan besar 5-2 ke atas Los Angeles Galaxy, semalam.

Pengurus United Mourinho berhasrat untuk memantapka­n pasukannya selepas berjaya mendapatka­n khidmat Victor Lindelof dan Romelu Lukaku.

Namun pengurus dari Portugal itu menolak sebarang kemungkina­n untuk memikat bekas legenda United, Ronaldo dari Real Madrid.

“Saya tidak akan sia-siakan masa saya memikirkan mengenai pemain itu kerana dia satu misi mustahil,” kata Mourinho.

Terdahulu, penyerang England

Marcus Rashford meledak dua gol dengan keemasan selepas empat minit beraksi namun sepakannya diselamatk­an penjaga gol Galaxy, Brian Rowe.

Namun Mourinho berpuas hati dengan persembaha­n Lukaku.

“Lukaku menjadi sasaran utama lawan, dia diekori pemain lawan,” kata Mourinho. “Satu perkara bagus saya saksikan hari ini dia seorang pemain sepasukan. Dia tidak pentingkan diri sendiri. Dia tidak terlalu gilakan gol.”

Rashford mengingatk­an Mourinho mengenai keinginann­ya menyumbang banyak gol dengan persembaha­n meyakinkan pada babak pertama. Pemain muda itu membuka tirai jaringan seawal minit kedua, menghukum kesilapan Ariel Lassiter di kawasan penalti Galaxy untuk meledak gol mengatasi penjaga gol Jon

Kempin.

Pemain berusia 19 tahun itu menokok gol kedua pada minit ke-20 apabila bijak menyambut hantaran

Juan Mata untuk menjadikan kedudukan

2-0.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia