Harian Metro

Uncle Sam mara suku akhir

- AFP

 Dua kali gagal manfaat sepakan penalti tak patah semangat benam Nicaragua 3-0

Amerika Syarikat terselamat daripada kegagalan dua sepakan penalti sebelum menewaskan Nicaragua 3-0 di Cleveland semalam, sekali gus layak ke suku akhir Piala Emas sebagai juara Kumpulan B.

Jaringan Joe Corona, Kelyn Rowe dan Matt Miazga membantu AS mengatasi Nicaragua.

Anak buah Bruce Arena hadir pada perlawanan itu memerlukan kemenangan tiga gol untuk mengunggul­i kumpulan selepas Panama menang 3-0 ke atas Martinique pada perlawanan terdahulu.

Buat seketika mereka dilihat tidak mampu muncul juara kumpualn, namun tandukan pertahanan Chelsea, Miazga pada minit ke-88 membantu AS mengelakka­n pertembung­an suku akhir sukar menentang Costa Rica.

“Saya fikir anda mungkin menyatakan kami mensia-siakan beberapa peluang dan ia menjadikan tugas kami lebih sukar,” kata Arena, yang menukar semua kesebelasa­n utama yang menundukka­n pasukan kerdil Martinique, Khamis lalu.

“Bagaimanap­un, akhirnya saya bangga dengan pasukan kami kerana mereka terus berjuang dan mereka sedar perlukan tiga gol pada perlawanan hari ini dan berjaya melakukann­ya.”

Corona membuka tirai jaringan pada minit ke-36 apabila dia menyempurn­akan hantaran lintang Alejandro Bedoya dari sebelah kanan.

Mereka menggandak­an kelebihan pada minit ke-56 apabila Rowe, yang menerima lorongan Bedoya, menewaskan penjaga gol Justo Lorente bagi gol pertamanya di peringkat antarabang­sa.

Namun, AS mensia-siakan dua sepakan penalti pada babak kedua menerusi Dom Dwyer dan Corona sebelum Miazga menyempurn­akan gol ketiga yang amat diperlukan.

 ??  ?? JARINGAN ketiga dihasilkan Miazga (tengah) bantu AS ke suku akhir.
JARINGAN ketiga dihasilkan Miazga (tengah) bantu AS ke suku akhir.
 ??  ?? ARENA
ARENA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia