Harian Metro

Bujang Senang tekad baiki kelemahan baki 6 perlawanan

-

Johor Bahru: Tiada pilihan lain buat Sarawak kecuali perlu menang pada baki enam perlawanan liga seandainya mahu kekal bersaing dalam kancah Liga Super musim depan.

Sambil menyifatka­n kekalahan 1-3 kepada Johor Darul Ta’zim (Johor DT) menyempitk­an lagi peluang skuad Bujang Senang untuk kekal di kancah liga elit domestik namun pemangku jurulatih, Pengiran Bala tetap berfikiran positif untuk membimbing skuad itu

(gambar)

bangkit daripada mengalami kekalahan.

Beliau yang mengambil alih tugas daripada jurulatih David Usop yang mengambil keputusan untuk berehat sementara mengakui walaupun mampu bangkit menyamakan jaringan 1-1 pada babak kedua namun ketahanan mental pemainnya tidak kuat memudahkan Johor DT kembali menguasai perlawanan dan mencatat kemenangan.

“Kami tewas akibat kesilapan individu dan juga kegagalan benteng pertahanan yang tidak berfungsi dengan konsisten dan JDT pantas menghidu peluang untuk mencipta jaringan.

“Apapun beberapa perkara positif yang kami belajar daripada perlawanan itu dan saya sendiri lihat pemain tampak bersungguh untuk mencari keputusan yang terbaik tapi apakan daya tidak kesampaian.

“Kami akan perbaiki kelemahan terutama di benteng pertahanan dan beraksi secara berpasukan kerana ada baki enam perlawanan lagi yang amat kritikal buat kami untuk mengelak daripada tersingkir ke Liga Perdana,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia