Harian Metro

‘Contohi sikap Baddrol, Hafiz’

- Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my

PFAM puji tindakan dua pemain penuhi hajat penyokong setia walaupun berdepan kekangan jadual padat

Persatuan Pemain Profesiona­l Malaysia (PFAM) memuji langkah dua pemain bola sepak Hafiz Kamal dan Baddrol Bakhtiar memenuhi hajat penyokong setia yang mahu menemui mereka sekali pun berdepan kekangan masa kerana jadual perlawanan padat.

Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail berkata, persatuan itu amat berbangga dengan kedua-dua ahlinya itu serta mahu pemain lain mencontohi mereka.

“Komitmen yang ditunjukka­n oleh Hafiz dan Baddrol adalah contoh betapa hubungan pemain dengan penyokong bukan sekadar semasa di dalam padang malah melangkaui sempadan itu.

“Ia juga menunjukka­n keprihatin­an kedua-dua pemain itu terhadap masalah serta kesusahan yang sedang dihadapi oleh penyokong mereka.

“Memang PFAM amat menghargai sikap ahli yang sebegini, malah kami memang sentiasa menggalakk­an mereka membabitka­n diri dengan aktiviti yang membabitka­n penyokong apatah lagi bila penyokong berada dalam kesusahan.

“PFAM sendiri selain bertindak sebagai badan penaung kepada pemain, juga turut menjalanka­n aktiviti kemasyarak­atan seperti membantu mangsa banjir, anak yatim serta orang tua yang mana turut melibatkan ahli,” ujarnya.

Izham juga turut memuji usaha Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) serta akhbar Harian Metro kerana merealisas­ikan impian penyokong setia Hafiz, Mohd Ariffudin Mohd Nor Hafis bertemu pemain itu dalam pertemuan di Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aiziz Shah, Subang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia