Harian Metro

Enggan keruhkan keadaan

- DARI MUKA 1

Terbaru, pelakon berusia 27 tahun ini dikatakan bakal bertunang dengan seorang pramugari pada 28 Januari tahun depan.

Sufi ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia enggan menafikan atau mengiakan sebaliknya minta didoakan yang terbaik untuk dirinya.

“Kalau ada jodoh, adalah. Jujur saya belum ada sebarang tarikh ditetapkan kerana belum ada apa-apa kepastian kerana tidak tahu bilakah jodoh saya akan sampai,” katanya.

Kata Sufi, andai masa yang ditunggutu­nggu sudah tiba, dia sendiri akan berkongsi berita baik itu di laman sosial tanpa menggunaka­n pengantara.

“Jika saya ditakdirka­n hendak bertunang atau berkahwin, saya takkan meminta ibu atau teman yang mengumumka­n berita menggembir­akan berkenaan. Biarlah saya umumkan sendiri.

“Apabila ia membabitka­n perkara baik sebegitu, pastinya saya akan kongsi dengan rakan media dan peminat di laman sosial,” kata.

Menyentuh mengenai pramugari kelahiran Malaysia yang bekerja di Singapura bernama Ain, Sufi,mengakui wanita itu antara teman rapat yang dikenali sejak setahun lalu.

“Dia antara wanita yang rapat dengan saya saat ini. Namun, apa saja boleh terjadi dalam perjalanan hidup ini. Saya mohon doakan yang terbaik untuk saya dan bertemu dengan jodoh yang sebaiknya,” katanya.

Sementara itu, ketika diajukan pertanyaan mengenai perselisih­an faham dengan ibunya, Irma Suriana Mahamud yang dikatakan masih berlarutan hingga sekarang, Sufi enggan memberikan ulasan yang mungkin mengeruhka­n lagi hubungan antara mereka.

Beberapa hari lalu, ibunya memuat naik status di laman sosialnya yang membayangk­an hubungan antara mereka masih lagi tidak menemui titik perdamaian. - Najiy Jefri

Tidak mahu beri ulasan mengenai perselisih­an faham dengan ibu

 ??  ?? Apabila ia membabitka­n perkara baik sebegitu, pastinya saya akan kongsi dengan rakan media dan peminat di laman sosial
Apabila ia membabitka­n perkara baik sebegitu, pastinya saya akan kongsi dengan rakan media dan peminat di laman sosial

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia