Harian Metro

Si bendul diminati si cantik

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Telefilem genre romantik komedi temui penonton

di TV9 malam ini

Seorang pemuda bernama Azrul (lakonan Aiman Hakim) yang bendul sehingga digelar Azrul Bendul, namun diminati Suraya, seorang gadis cantik (Syaini Aida). Pertemuan mereka berlaku tanpa dirancang apabila kereta Suraya rosak dan Azrul yang melalui kawasan di situ membantuny­a.

Bagaimanap­un, Azrul yang diketahui seorang bendul difitnah Samsul dan Azril kononnya cuba memperkosa Suraya sehingga teruk dibelasah.

Azrul terpinga-pinga diperlakuk­an begitu sedemikian rupa tanpa mengetahui niat sebenar Samsul yang sebenarnya meminati Suraya dan melakukan pelbagai cara memikat hati gadis itu.

Inilah kisah yang ditampilka­n dalam telefilem Azrul Bendul yang akan menemui penonton menerusi slot Skrin Di 9 TV9, jam 8.30 malam ini.

Apakah kerana kekurangan dan ketidaksem­purnaan

Azrul membuatkan dia sewenang-wenangnya diperlukan sebegitu rupa?

Bukankah setiap manusia dan individu dicipta dengan kelebihan dan kekurangan tersendiri? Inilah mesej yang ditampilka­n pengarah Shuhaimi Lua Abdullah dalam drama terbitan syarikatny­a, Tanah Beris Film Production Sdn Bhd ini.

Shuhaimi berkata, biarpun dalam genre romantik komedi, telefilem ini tampil dengan kekuatan tersendiri yang boleh dijadikan tauladan.

“Azrul mungkin bendul, tapi dia ikhlas dan ini yang dilihat Suraya. Allah menciptaka­n kejadian manusia dengan baik dan ini yang diperlihat­kan menerusi karakter Azrul.

“Pada saya, Aiman dengan genre ini tak begitu asing kerana pernah berlakon drama genre komedi ringan. Dia berjaya membawakan wataknya dengan baik,” katanya.

Menurutnya, Syaini Aida pula kali kedua bekerja dengannya selepas telefilem Namaku Bedah.

“Awalnya dia masih lagi dibayangi watak Tasha dalam Namaku Bedah. Masuk hari ketiga barulah dia mampu membawa watak Suraya dengan sebaik mungkin.

“Begitu juga pelakon lain iaitu Kuza, Hamdan Senario, Ezzaty Abdullah, Ferth Jasni, Shah dan penampilan istimewa

Amir Raja Lawak turut memantapka­n lagi cerita ini,” katanya.

Shuhaimi berkata, biarpun genre komedi, Azrul Bendul penuh dengan konflik menarik antaranya emak saudara Azrul sendiri iaitu

Bibi yang ingin menjodohka­n anaknya Diana (Ezzaty) dengan pemuda ini.

“Inilah yang dikatakan kelebihan Azrul sehingga menjadi kegilaan ramai. Bagaimanap­un, Azrul tak faham dengan apa yang cuba dilakukan Bibi.

“Sebenarnya banyak lagi elemen menarik dalam cerita ini, namun, saya enggan berkongsi semuanya. Yang penting penonton kena menonton sendiri untuk mengetahui kesudahann­ya,” katanya.

 ??  ?? AIMAN Hakim
AIMAN Hakim
 ??  ??
 ??  ?? SHUHAIMI
SHUHAIMI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia