Harian Metro

Kemelut cinta, rumah tangga

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Sehari sebelum majlis perkahwina­nnya, Yuhanis kecewa apabila tunangnya Nizam enggan bernikah dengannya.

Risau dipandang serong oleh masyarakat, Mizan didesak menggantik­an adiknya dan menjadi pengantin bidan terjun.

Walaupun pada awal Mizan langsung tidak mahu menurut desakan ibunya, akhirnya dia bersetuju dengan syarat ikatan perkahwina­n itu hanya sementara dan dia tidak akan diganggu selepas itu. Bersediaka­h Yuhanis berhadapan dengan cabaran selepas ‘berkahwin’ dengan

Mizan?

Pinggan Tak Retak,

Nasi Tak Dingin bakal merungkai segala-galanya.

Drama bersiri adaptasi novel itu menghiasi slot Akasia pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.58 petang.

Sudah menemui penonton sejak 10 Julai lalu, drama terbitan Primeworks Studios yang diarahkan oleh Nizam Zakaria itu menampilka­n gandingan barisan pelakon seperti Idris Khan, Azrel Ismail, Raysha Rizrose, Zera Hariz, Sheila Mambo dan Zain Hamid.

Nizam berkata, keistimewa­an drama ini bergantung pada barisan pelakonnya yang sudah memberikan komitmen terbaik untuk menjayakan watak mencabar yang mereka lakonkan.

“Sememangny­a agak sukar untuk membawa watak adaptasi novel kerana pembaca sudah mempunyai persepsi tersendiri pada watak yang mereka baca.

“Namun, dengan adanya latihan, barisan pelakon berjaya membawa watak yang diberikan kepada mereka dengan baik,” katanya.

Drama 28 episod itu merungkai pergolakan Yuhanis yang terpaksa berkahwin dengan abang tunangnya.

Ini disebabkan Nizam sudah pun bernikah dengan orang lain dalam diam ketika menetap di luar negara.

Ahli keluarga

Nizam terkejut selepas mendapat tahu isterinya kini hamil. Nizam pula terpaksa menerima hakikat abangnya Mizan (Idris Khan) bakal diijabkabu­lkan dengan Yuhanis. Kini, bekas tunangnya sudah menjadi kakak iparnya.

Pada masa yang sama, Shila pula merahsiaka­n sesuatu. Sebenarnya, dia sudah hamil sebelum berkahwin. Nizam yang lurus bendul sangkakan kandungan itu ialah anaknya. Nizam amat mencintai Shila dan dia tidak menyangka dirinya dijadikan pak sanggup. Selepas pulang ke Malaysia, Shila terancam dengan Yuhanis.

Dia sering mengesyaki Yuhanis mempunyai rancangan untuk merampas suaminya.

Konflik bermula apabila Suraya (Aprena Manrose), bekas isteri Mizan tiba-tiba muncul kembali dalam hidup Mizan. Suraya ingin merebut kembali cintanya kerana menyesal dengan perpisahan mereka. Selepas mendapat tahu Mizan sudah beristeri, pelbagai masalah kerap terjadi di dalam hidup Suraya lantas menyebabka­n dia sedar sebenarnya tiada lelaki lain sebaik Mizan.

Rumah tangga Mizan dan Yuhanis mula goyah, kebahagiaa­n dan kasih sayang mereka yang baru berputik mula diuji. Mizan hampir-hampir menceraika­n Yuhanis dan tewas kepada godaan Suraya yang mempunyai niat jahat. Terdapat rahsia yang belum terlerai, cinta yang tidak terucap dan perkara yang belum selesai dalam keluarga ini.

Mampukah Yuhanis mengharung­i segala cabaran yang melanda rumah tangganya itu?

 ??  ?? ANTARA babak dalam Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin.
ANTARA babak dalam Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia