Harian Metro

Kali ini ada kelainan

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@ hmetro.com.my

Aiman Tino kembali beraksi dengan penyanyi pop yeh yeh

Pada usia yang masih muda, penyanyi Aiman Tino bersyukur kerana sekali lagi diberikan peluang berkongsi pentas dengan penyanyi dari generasi pop yeh yeh.

Menjelang 4 dan 5 Ogos ini, penyanyi lagu popular Ku Rela Dibenci ini bakal menghangat­kan pentas Panggung Bangsawan Melaka menerusi Konsert Gegar Pop Yeh Yeh.

“Tentunya saya berasa sangat teruja tetapi pada masa sama, rindu untuk membuat persembaha­n kerana Mac lalu pernah muncul di konsert sama yang berlangsun­g di Istana Budaya,” katanya.

Menurut Aiman, untuk Konsert Gegar Pop Yeh Yeh yang kedua ini, akan ada kelainan ditampilka­nnya berbanding sebelum ini.

“Ada beberapa kelainan yang ditampilka­n dalam konsert kali ini. Seleksi lagu yang akan saya persembahk­an juga berbeza dan ada lagu tambahan,” katanya.

Selain itu, Aiman juga tampil dengan beberapa tarian ringkas untuk memeriahka­n konsert itu.

“Sejujurnya, kali ini saya lebih yakin berbanding sebelum ini. Mungkin kerana sudah mengenali penyanyi lain dan ada pengalaman sebelum ini.

“Saya juga akan menari dan ini menjadi pengalaman pertama untuk menari lebih-lebih lagi tarian pop yeh yeh. Jadi, saya akan sampai sehari lebih awal untuk menjalani latihan ringkas,” katanya.

Pada Konsert Gegar

Pop Yeh Yeh, Aiman bakal mempersemb­ahkan enam lagu antaranya Dendang Remaja dan La O Be.

“Ada antara lagu yang disenaraik­an adalah lagu yang belum pernah dinyanyika­n sebelum ini. Jadi, akan ada sedikit susunan yang baru dan berbeza berbanding versi asal,” katanya.

Terbaru, Aiman giat mempromosi­kan single terbarunya, Ku Hanya Sayang Padamu.

“Alhamdulil­lah, selepas sebulan video lirik lagu Ku Hanya Sayang Padamu dimuat naik ke YouTube, jumlah tontonanny­a mencecah sehingga lebih empat juta.

“Kalau mengikut perancanga­n asal, saya ingin keluarkan album mini dalam tahun ini, namun, ditunda sehingga ke tahun depan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia