Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV3, 10 malam JANGAN IKUT AKU TV3, 6.30 petang ISTERI-ISTERI AYAH EPISOD 9 TV3, 7 malam PINGGAN TAK RETAK, NASI TAK DINGIN EPISOD 5

Azrul anak jati desa yang lurus bendul. Dia membantu bapanya mengerjaka­n sawah.

Di kawasan tempat tinggalnya, ada seorang gadis bernama Suraya yang meminatiny­a.

Bagi Suraya, Azrul berbeza daripada lelaki lain yang pernah dikenaliny­a.

Dia sangat jujur dan amanah dalam melakukan pekerjaan begitu juga dalam hubungan mereka.

Pasangan kekasih ini mula berdepan konflik apabila hubungan mereka dapat dihidu Diana.

Diana yang busuk hati mula menabur fitnah mengenai Suraya dan mempunyai rancangan jahat bersama ibunya, Bibi untuk mengikis harta Azrul.

Niat buruk Diana dan

Bibi gagal apabila perbualan mereka bocor. Akibat perbuatan memalukan itu, Bibi dan Diana berpindah.

Pelakon: Aiman Hakim Ridza, Syahinie Aida dan Ezzaty Abdullah Akil mula berasa tidak tenteram kerana sering diganggu jin belaan Tok Misai. Dia gelisah setiap kali melihat kelibat makhluk halus itu yang kerap muncul dan mencampuri urusan hariannya.

Pelakon: Anas Ridzuan, Suffian BMB dan G-Bob Nizam memanggil semua ibu tirinya ke rumah dan memaklumka­n abangnya, Kamal ingin mengumumka­n sesuatu.

Pelakon: Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila dan Datuk Jalaluddin Hassan Keluarga di kampung risau kerana sudah beberapa hari Nizam mendiamkan diri dan menjauhkan dirinya daripada semua orang.

Pelakon: Idris Khan, Azrel Ismail dan Raysha Rizrose

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia