Harian Metro

Penyanyi wanita kacau kekasih orang

-

Selepas bercerai, penyanyi wanita yang pernah popular sekitar awal 90-an ini sering digosipkan menjalin hubungan dengan ramai lelaki.

Terbaru, SS mendapat tahu penyanyi wanita ini didakwa mengganggu hubungan seorang wanita dengan kekasihnya.

Pada masa sama, kekasih wanita itu adalah adik kepada seorang penyanyi lelaki ternama negara bergelar Datuk.

Kisahnya, penyanyi wanita ini berkenalan dengan lelaki itu di sebuah acara. Selepas itu, hubungan mereka menjadi akrab. Biarpun mengetahui lelaki itu mempunyai teman wanita dan bakal berkahwin, dia tetap ingin mendamping­inya.

Malah, penyanyi itu tanpa segan silu memanggil lelaki itu ‘sayang’ menerusi mesej yang dihantar. Apabila perkara itu kantoi, teman wanita lelaki itu memberi amaran kepada penyanyi wanita itu. Selepas beberapa bulan, dia kembali menghubung­i lelaki itu. Malah, pada Ramadan lalu, penyanyi wanita itu boleh dikatakan setiap hari mengejutka­n lelaki berkenaan bangun sahur. Sekali lagi perkara itu kantoi. Kali ini teman wanita lelaki itu mulai hilang sabar. Seperti biasa penyanyi wanita itu memberi alasan niat dia tidak lebih daripada seorang kawan. Teman wanita lelaki itu mengugut untuk menghebahk­an kepada media sekiranya dia masih mengganggu hubungan mereka. Segala bukti berbentuk gambar dan mesej disimpan wanita itu.

SS: Ada artis lelaki yang berkahwin kini bermain cinta dengan selebriti berstatus janda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia