Harian Metro

LANDASAN TERBAIK BIDANG KEMAHIRAN

-

Tumpuan GIATMARA dampingi anak bangsa, beri peluang kedua dengan menyediaka­n latihan supaya boleh berdikari

Oleh itu, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang gagal menyerlah dalam prestasi akademik disaran jangan lekas berputus asa kerana pintu menuju kejayaan dalam kerjaya masih terbuka luas.

Hal ini sudah terbukti lepasan GIATMARA banyak melahirkan tenaga kerja berkemahir­an untuk keperluan pasaran industri negara.

Selain GIATMARA, antara yang memainkan peranan utama dalam melahirkan tenaga kerja berkemahir­an ialah politeknik, kolej komuniti dan Institut Kemahiran MARA (IKM).

Setakat ini, aspek kebolehpas­aran kerja dalam kalangan pelajar institusi kemahiran menduduki tangga teratas, malah graduan universiti awam pun tidak dapat menyaingin­ya.

Sesungguhn­ya beruntung mereka yang belajar di institusi kemahiran kerana mereka umpama ‘pisang goreng panas’ yang menjadi rebutan pasaran pekerjaan.

Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Jamal Nasir Othman berkata, 85 peratus lepasan pusat kemahiran itu mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian, manakala selebihnya menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Jadi, lepasan GIATMARA, malah di pusat kemahiran lain juga bukan hanya laris dalam pasaran kerja, malah diberi peluang menyambung pengajian ke tahap yang lebih tinggi.

“Inilah kelebihan lepasan GIATMARA yang diperoleh sekarang dan hakikat itu seharusnya membuka mata semua pihak, khasnya lepasan SPM supaya tidak memandang rendah dengan keistimewa­an institusi kemahiran seperti GIATMARA,” katanya.

Katanya, GIATMARA boleh disifatkan sebagai landasan terbaik untuk pelajar yang meminati bidang kemahiran mengembang­kan kemahiran mereka seterusnya memenuhi penawaran kerja pada masa depan.

“Belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri serta keperluan kegiatan ekonomi selain keusahawan­an di daerah setempat dan dalam negara.

“GIATMARA ditubuhkan untuk membantu anak bangsa yang tercicir dalam bidang akademik dan tidak dapat melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Jadi tumpuan GIATMARA adalah mendamping­i anak bangsa selain memberi peluang kedua kepada mereka dengan menyediaka­n latihan kemahiran supaya boleh berdikari dan terbabit dengan bidang keusahawan­an,” katanya.

Melihat perkembang­an perkhidmat­an awam terutama pengangkut­an keretapi, GIATMARA juga dipertangg­ungjawab untuk melahirkan tenaga

 ??  ?? GIATMARA akan bersama dengan institusi pendidikan yang dipilih untuk melaksanak­an program pengkhusus­an mengikut modul yang dikenal pasti MRL
GIATMARA akan bersama dengan institusi pendidikan yang dipilih untuk melaksanak­an program pengkhusus­an mengikut modul yang dikenal pasti MRL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia