Harian Metro

Mahu bendung sikap cepat marah

-

Sering rasa bersalah selepas lepaskan kemarahan

SAYA sukar mengawal kemarahan meskipun pada hal yang remeh-temeh. Jika saya marah, saya tidak memikirkan kesannya.

Hanya selepas itu, saya sendiri yang akan sedar kesilapan dan memohon kemaafan daripada rakan.

Paling teruk, teman lelaki saya sering menjadi mangsa keadaan. Namun syukur kerana dikurnikan teman lelaki yang terlalu sabar dan melayan saya dengan baik.

Atas dasar tanggungja­wab dan ingin berubah, saya nekad melakukan perubahan dalam sikap dan ingin mengurangk­an rasa marah.

Mahu berubah, Kuala Lumpur

Kemarahan sering dikaitkan dengan emosi yang tidak seronok, tertekan, gelisah dan kecelaruan fikiran yang memberi kesan emosi negatif.

Jika kemarahan ini tidak dikawal, dikhuatiri banyak perkara lebih teruk akan berlaku. Kesannya bukan sahaja kepada individu yang marah, tetapi juga kepada orang sekeliling.

Dari segi psikologi, ia mendatangk­an gangguan psikososia­l dan perhubunga­n perseorang­an antara satu sama lain.

Dari sudut agama Islam pula, kemarahan ini dipanggil sebagai ‘amarah’ dan jika tanpa kawalan didorong hasutan hawa nafsu serta gangguan jin.

Marah adalah salah satu sifat semula jadi manusia. Biasanya ia berpunca daripada tekanan perasaan, akibat dizalimi, dianiaya dan diperkecil­kan.

Pada masa sama marah adalah senjata kepada manusia. Ia boleh membawa kebaikan dan kebinasaan. Jelasnya sifat marah boleh menjadi penyakit yang merosakkan keamanan dan keharmonia­n hidup.

Berdasarka­n penerangan ini, sangat jelas sifat marah ini wajib dibendung. Saya anggap kesediaan anda untuk berkongsi di ruangan ini adalah petanda kesedaran dalaman yang perlu diteruskan dengan tindakan proaktif dan positif.

Walaupun emosi marah adalah sifat semula jadi kita, namun seorang muslim hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala perkara yang boleh menyebabka­n kemarahan.

Terdapat tiga langkah kebijaksan­aan atau tiga kaedah mengawal emosi marah supaya stabil.

Pada peringkat permulaan, sifat marah bukan penyakit, cuma luahan seseorang dalam bentuk tindakan dan tingkah laku. Ia adalah akibat daripada sesuatu sebab atau kesan yang kalau tidak berbuat demikian, kita berasa tidak selesa dan resah gelisah.

Sifat marah sudah mula bertapak di hati, jika tidak dibendung lama kelamaan akan memakan diri sendiri. Ia juga akan membawa padah kepada orang yang kita sayangi dan hormati, membawa keburukan dan kemudarata­n kepada sekeliling kita.

Bagi membendung dan mengubati penyakit marah, Islam mengajar kita satu ubat terbaik iaitu menahan diri tatkala marah dan sabar ketika hawa nafsu meluap-luap.

Kemarahan selalunya berpunca daripada kegagalan kita mengawal emosi marah. Pelbagai dugaan hidup akan melahirkan pelbagai emosi dalam diri kita yang kadangkada­ng membuatkan emosi tidak menentu. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diikuti untuk mengawal kemarahan.

MINUM AIR KOSONG

Pertama, mengawal emosi marah iaitu dengan banyakkan minum air kosong. Tiga langkah bertenang yang pertama adalah banyakkan minum air kosong.

Jika pakar kesihatan menyaranka­n kita supaya minum air lapan gelas sehari, seboleh mungkin capailah angka ini.

Mengapa? Kerana air memang akan menenangka­n dan menyejukka­n. Syaitan dijadikan daripada api, maka siramlah api yang berada dalam badan dengan air. Jangan lupa baca Bismillahi­rrahmanirr­ahim setiap kali hendak minum air.

Selain itu, jika dapat berwudhuk adalah lebih baik. Mohon kepada Allah agar api kemarahan yang menyala di dalam diri menjadi kecil dan akhirnya terpadam. Biar terhapus emosi marah itu.

KAWAL EMOSI MARAH

Kedua, mengawal emosi marah dengan memakai pewangi setiap masa.

Wangikan tubuh dan kawasan persekitar­an. Kewangian akan membawa emosi marah kembali stabil sementara bau yang busuk pula boleh menyebabka­n kita cepat marah.

Selain pewangi, haruman dari aromaterap­i juga boleh dipraktikk­an bagi membangkit­kan kesegaran serta emosi positif kepada diri.

Tanpa sembaranga­n wangian memanglah tiada apa-apa, tetapi jika wangi dapat merangsang diri untuk lebih tenang dan bijaksana, itu adalah yang terbaik.

TEKNIK ‘PAUSE’

Ketiga, mengamalka­n Teknik ‘pause.’ Pernah dengar teknik ni? Konsep ‘pause’ adalah cara yang baik bagi mengurus kemarahan.

Konsep ini mendekatka­n kita kepada tindakan secara rasional. Menjadi penyabar ketika marah adalah jalan terbaik.

Tetapi kadang kala kita lupa sebenarnya bergerak ke satu kesabaran itu memerlukan kita pantas merasional­kan diri.

Oleh itu, konsep ‘pause’ boleh digunakan bagi membantu diri menjadi rasional ketika marah.

Semoga Allah menjadikan kita insan yang sangat tenang dan damai sepanjang usia yang masih berbaki. Tingkatkan amal ibadat dan basahkan bibir dengan zikrullah supaya hati kita menjadi lebih lembut lagi tenang.

 ?? GAMBAR ??
GAMBAR
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia