Harian Metro

Analisis sumber alam di Kelantan

-

Siswa diajar fasilitato­r berpengala­man cara

mengesan jenis tanah berpotensi

Cubaan pertama itu bukan sahaja mencatat sejarah tersendiri bagi mahasiswa UMK, malah mereka tidak sabar mendulang sebaik sahaja tiba di lokasi selepas menempuh perjalanan yang mencabar kira-kira hampir empat jam perjalanan daripada UMK Kampus Bachok ke Kampung

Perasu, Gua Musang.

Menurut Pensyarah Jabatan Pengajian Warisan FTKW Mohd Aswawi Isa, ekspedisi kajian lapangan mendulang emas secara tradisiona­l di kawasan di Gua Musang sebagai pendedahan kepada siswa untuk mereka merasai sendiri kerja mendulang emas secara moden dan tradisiona­l iaitu menggunaka­n kuali serta dulang yang dibuat daripada kayu banir.

Katanya, kaedah itu adalah warisan turun-temurun yang melalui aktiviti ini dapat memelihara dan memulihara warisan alatan tradisiona­l di samping penerokaan kawasan penyelidik­an baharu berdasarka­n kajian lapangan penuntut di bawah bimbingan pensyarah untuk menganalis­is serta menghurai sumber alam yang terdapat di Kelantan.

“Ternyata misi julung kali ini berjaya diadakan kerana peserta yang menyertai program selama tiga hari dua malam itu didedahkan teknik mendulang emas secara tradisiona­l yang sebelum ini tidak pernah mereka pelajari.

“Sejak tiga hari berada di sini, kami tidak sangka dianugerah­kan rezeki walaupun kali pertama mencuba dan memperoleh beberapa gram emas dengan anggaran harga sebanyak RM3,200,” katanya.

Turut menyertai program ini ialah 10 tenaga pengajar FTKW dan 10 sukarelawa­n dari Kelab Kembara 4x4 Kelantan.

Dalam pada itu,

Mohd Aswawi, berkata, program ini dapat memberi pendedahan dan pengalaman kepada penuntut supaya dapat meningkatk­an keupayaan diri untuk menggunaka­n seni nilai tradisiona­l dalam reka bentuk produk dan mempunyai kesedaran mengenai nilai estetika serta sumber asli.

Katanya, kajian ini juga adalah program akademik bagi penilaian tugasan akhir pengajaran dan pembelajar­an yang membabitka­n wakil pelajar bagi kursus CFT

1032 Rekabentuk Seni Tradisiona­l yang bertujuan untuk membantu pelajar menganalis­is , menghurai serta menilai konsep reka bentuk seni tradisiona­l negara.

“Sepanjang program itu, pelajar diajar oleh fasilitato­r berpengala­man dengan cara mengesan jenis tanah yang berpotensi serta teknik melenggok dulang bagi mengasingk­an logam berharga daripada batuan dan unsur lain,” katanya.

Sementara itu, pelajar FTKW, Wan Nur Atikah Wan Ruslee, 21, menjadi pelajar pertama menemui emas walaupun pertama kali mencuba selepas mendapat bimbingan daripada penduduk kampung yang menjalanka­n aktiviti sepenuh masa mendulang emas.

“Saya amat teruja selepas beberapa minit mendulang berjaya menemui butir logam berharga itu yang dianggarka­n bernilai RM50.

“Menurut pengalaman pendulang emas nilai emas saya temui ini boleh cecah RM50. Buat masa ini, saya tak bercadang untuk jual tapi nak simpan sebagai kenangan,” katanya. -Fazurawati Che Lah

 ??  ?? BERGAMBAR kenangan selepas aktiviti tamat.
BERGAMBAR kenangan selepas aktiviti tamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia