Harian Metro

2 bawa pulang RM2,000

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Sekolah pemenang terima buku setinggi mereka

Oxford Fajar Sdn Bhd (Oxford Fajar) mengumumka­n dua pemenang hadiah utama Pertanding­an Penulisan Kreatif Oxford

Big Write pada satu majlis ringkas sempena sambutan ulang tahun ke-60 syarikat itu, baru-baru ini.

Pemenang hadiah utama bagi Kategori A (15-17 tahun) ialah Ku Jia Sien, 17, dari Chung Ling Private High School, Pulau Pinang, dengan penyertaan berjudul The Surreal Journey.

Sementara Nur Fatin Afrina Mohd Fakhruddin,

18, dari Kolej Islam Sultan Alam Shah memenangi hadiah utama bagi Kategori B (18 hingga 19 tahun) menerusi penyertaan bertajuk Sev and the Hot Chocolate.

Kedua-dua pemenang menerima hadiah wang tunai RM2,000 seorang, sementara sekolah mereka memenangi sejumlah buku bersamaan ketinggian pemenang.

Pada majlis itu juga Melaka Girls’ School menerima sebuah trofi sebagai penghargaa­n bagi sekolah yang menghantar penyertaan yang paling banyak.

Pengarah Urusan Oxford Fajar Sharmini Nagulan berkata, pertanding­an penulisan kreatif Oxford Big Write bertemakan Journeys disambut baik oleh sekolah di seluruh negara.

Dalam pertanding­an bermula pada Februari hingga April 2017 itu, kira-kira 1,200 penyertaan diterima daripada 300 sekolah atau institusi pengajian tinggi.

“Acara ini bukan hanya disasarkan untuk menggalakk­an tabiat membaca, tetapi juga memupuk minat yang mendalam untuk membaca.

“Pertanding­an Oxford Big Read akan memberikan galakan dan mendorong pelajar untuk mempertimb­angkan apa yang dibaca, meneroka idea, mendapatka­n pencerapan dan menzahirka­n pendapat, semuanya bertujuan untuk mengembang­kan kemahiran berfikir mereka,” katanya pada Majlis Ulang Tahun ke-60 Oxford Fajar.

Hadir sama, Pengarah Urusan (Asia Education), Oxford University Press (OUP) Adrian Mellor.

Mengulas berkenaan rancangan pertumbuha­n syarikat, Nagulan menyatakan Oxford Fajar akan terus mengembang­kan fokusnya bagi menyediaka­n penyelesai­an pendidikan yang menyeluruh.

Ia termasuk menawarkan pembanguna­n profesiona­l kepada guru, pembelajar­an gabungan dengan sumber bercetak dan digital serta penyelesai­an digital kendiri untuk memperting­katkan hasil pendidikan dan pembelajar­an.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ADRIAN dan Nagulan (kanan) bersama Ku
(dua dari kiri) dan Nur Fatin Afrina.
ADRIAN dan Nagulan (kanan) bersama Ku (dua dari kiri) dan Nur Fatin Afrina.
 ??  ?? PEMENANG hadiah utama bersama peserta lain dan Adrian serta Nagulan.
PEMENANG hadiah utama bersama peserta lain dan Adrian serta Nagulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia