Harian Metro

Hulur bantuan di mana saja

- Muazammil Mamat gen2@hmetro.com.my

Saya yakin ramai antara kita yang mahu melakukan sesuatu untuk membantu masyarakat namun tidak tahu platform untuk bermula. Bagi saya, semuanya boleh dilakukan sendiri.

Bercakap daripada pengalaman, saya banyak bergerak sendiri dan berkonsepk­an jika berada di tempat yang memerlukan pertolonga­n, bantuan dihulur semampu mungkin.

NEPAL: BERLUMBA MENCARI KESELAMATA­N

Antara yang paling meninggalk­an kesan sewaktu mengembara secara solo mengikut jalan darat dari Malaysia ke England selama enam bulan.

Sewaktu di Kathmandu, Nepal gempa bumi meragut lebih 8,000 orang. Alhamdulil­lah saya terselamat dan beberapa hari selepas kejadian, Mercy Malaysia datang memberi bantuan perubatan. Waktu itu, kebetulan abang saya seorang daripada doktor sukarelawa­n, jadi saya mengambil keputusan bersama dia turut menjadi sukarelawa­n.

Melihat suasana kelam-kabut di depan mata, keadaan sebelum dan selepas bencana termasuk suasana sedih menyelubun­gi segenap ruang dengan tangisan mangsa cukup menginsafk­an.

Tidak pernah dalam hidup saya melihat manusia berlumba-lumba untuk mendapatka­n keselamata­n. Suasana yang tidak pernah berlaku di Malaysia. Di Sankhu, perkampung­an yang rosak teruk meninggalk­an banyak kisah sedih saya saksikan sendiri di sana.

BOSNIA: LEBIH 10 MISI

Ramadan tahun lalu, saya mengendali­kan lawatan sekumpulan pelajar Malaysia yang belajar di United Kingdom di Bosnia. Saya membantu mereka mengendali­kan program sukarela dengan mengutip derma untuk disalur kepada keluarga mangsa perang yang hidup dalam kemiskinan.

Facebook dijadikan platform untuk mereka mengumpul dana sehingga berjaya melengkapk­an misi di empat lokasi berbeza.

Sejak itu, saya sering diminta mengendali­kan program bagi organisasi mahupun institusi luar lain yang berkeingin­an membantu rakyat Bosnia. Antaranya sewaktu Aidiladha dengan menjalanka­n ibadat korban dan program sepanjang Ramadan. Setakat ini, lebih 10 misi kemanusiaa­n dan sukarelawa­n yang saya sertai dan kendali di Bosnia.

Paling terkesan untuk saya apabila melihat keadaan daif, kesusahan hidup orang lain yang kita tak nampak di negara sendiri. Amat menyentuh hati apabila bertemu mereka yang sehingga kini masih hidup sengsara dengan cuma mengharapk­an bantuan.

Pengalaman penulis sebagai sukarelawa­n di Nepal dan Bosnia

SENTIASA BERSYUKUR

Peringatan berulang kali untuk diri sendiri, sentiasa bersyukur dan bantulah mereka yang memerlukan­nya dengan semampunya. Bagi saya, aktiviti sukarelawa­n ini sebagai pelaburan bukan di dunia tetapi di akhirat dan bagi yang ingin menyertai, cubalah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia