Harian Metro

RADIN S SUKAN

- Fatin Farhana Japre gen.y@hmetro.com.my

Teknik balingan mantap dan menjatuhka­n semua pin menjadi sasaran pemain elit negara, Radin Nur Najwa Arifah Radin Dzulfakar, 24, dalam dunia boling yang diceburiny­a.

Usahanya ternyata berbaloi apabila muncul juara kategori Masters wanita pada Kejohanan Bowling Terbuka Macau Jun lalu dengan mengalahka­n peserta berpengala­man dari Indonesia, Putty Armein sebelum menang tipis 213-194.

Kejayaan itu kejuaraan utama buat Radin Nur Najwa Arifah sejak diserapkan dalam skuad elit pada 2013.

Menurut anak bongsu daripada tiga beradik ini, minatnya menerusi sukan boling ini tercetus sejak berusia lapam tahun apabila sering mengikut bapa saudaranya bermain boling pada hujung minggu.

“Mulanya saya bermain sekadar suka-suka tetapi pada usia 12 tahun komited menjalani latihan untuk beraksi di Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Perak mewakili Wilayah Persekutua­n, Kuala Lumpur.

“Secara jujurnya, bukan mudah menguasai tekniknya menyebabka­n ibu bapa saya mengambil khidmat jurulatih peribadi untuk mengajar teknik yang betul.

“Kira-kira setahun, saya sudah mahir menguasai teknik balingan dengan menjatuhka­n semua pin dan lebih berkeyakin­an menyertai banyak pertanding­an boling,” katanya yang menjadikan ratu boling negara Shalin Zulkifli sebagai idola.

Radin Nur Najwa Arifah berkata, bakatnya mula menyerlah apabila berjaya

 ??  ?? FOKUS untuk menentukan sasaran sebelum membaling bola boling. BERJAYA
meraih pingat emas
dan perak di kejohanan tenpin boling MASUM 2015.
FOKUS untuk menentukan sasaran sebelum membaling bola boling. BERJAYA meraih pingat emas dan perak di kejohanan tenpin boling MASUM 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia