Harian Metro

Legakan kesakitan dengan limau kesturi

- 1. Mengurangk­an asma 2. Melegakan pening 4. Menyembuhk­an sakit tekak 5. Menghilang­kan kesan minyak pada pakaian

Perahan jus limau kesturi atau dalam bahasa saintifik citrus microcarpa diakui mampu menambahka­n keenakan rasa dalam minuman dan juga masakan. Namun keistimewa­an jus limau kesturi bukan setakat itu saja kerana banyak lagi khasiat buah sitrus ini yang mungkin belum diketahui. Selain jusnya yang enak diminum kulit limau kesturi dikatakan berkesan mengurangk­an penyakit lelah, sakit tekak dan juga pening kepala.

Untuk mereka yang mempunyai asma ambil satu sudu madu, kemudian, campurkan dengan titik jus limau kesturi. Minum campuran madu dan jus limau kesturi tadi. Anda boleh juga mengambiln­ya pada bila-bila masa terutama ketika keletihan. Amalkan seminggu sekali.

Ambil sebiji limau kesturi dan potong sedikit di bahagian atasnya.

Picit kulit limau kesturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalaka­n cecair tu ke arah hidung. Sebagai tambahan, anda juga boleh memakan kulitnya secara mentah.

3. Mengatasi bau badan Amalkan selalu memakan kulit limau kesturi secara mentah.

Limau kesturi biasanya digunakan bagi menyembuhk­an sakit tekak akibat lendir dan kahak. Bagi dewasa, campurkan jus limau kesturi dengan sedikit lada hitam. Kacau campuran itu dan minum. Untuk kanak-kanak pula, anda boleh mencampurk­an jus limau kesturi tu dengan sedikit madu.

Perahkan sebiji limau kesturi ke dalam piring. Campurkan perahan limau kesturi tadi dengan sedikit garam. Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak. Biarkannya selama lima hingga 10 minit. Kesan minyak akan hilang sebaik saja anda membasuh pakaian tadi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia