Harian Metro

Ramai ambil mudah simptom hipotiroid­isme

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Sebelum ini Aziah Aziz,

30, (bukan nama sebenar) langsung tidak mengetahui mengenai penyakit hipotiroid­isme sehinggala­h dia menjalani ujian darah disebabkan bengkak pada bahagian leher kanan.

Ketika itu dia hamil tujuh minggu. Walaupun langsung tidak ada sebarang tanda keganjilan menerusi ujian darah menunjukka­n Aziah mempunyai hipotiroid­isme yang teruk.

Ketika doktor memberitah­u kesan akibat daripada hormon tiroid yang kurang dirembeska­n boleh menyebabka­n keguguran lantas dia terbayang ketika mengalami keguguran dua tahun lalu pada usia kandungan juga tujuh minggu.

“Baru saya sedar yang sebelum ini saya mempunyai masalah hipotiroid­isme namun tidak dapat dikesan disebabkan tidak membuat pemeriksaa­n. Lebih penting tandanya juga tidak jelas kelihatan dan sama dengan wanita normal yang lain,” katanya.

Kehamilan kali kedua ini juga membuatkan dia mudah letih dan mengantuk. Namun Aziah berasakan ia perkara biasa bagi ibu hamil dan tidak perlu dirisaukan. Susulan pemeriksaa­n ini Aziah perlu mengambil ubat-ubatan bersesuaia­n bagi mengelak bayi tidak membesar atau dilahirkan dengan berat badan yang rendah.

“Sekiranya gangguan berat badan tidak segera diatasi ia bukan saja membahayak­an kandungan, lebih buruk selepas kelahiran bayi berkemungk­inan mengalami masalah pembelajar­an dan pertumbuha­n yang tidak sama dengan bayi normal lain,” katanya yang sentiasa menurut nasihat doktor demi memastikan kandungann­ya selamat.

Menurut Pengerusi Program Kesedaran Hipotiroid­isme Merubah Hidup Anda Profesor Dr Nor Azmi Kamaruddin tiroid adalah sejenis kelenjar kecil berbentuk rama-rama yang terletak pada pangkal tekak. Tiroid merembeska­n hormon yang mengawal metabolism­e dan mempengaru­hi pelbagai fungsi tubuh. Kelenjar tiroid yang sihat dan berfungsi dengan baik adalah penting untuk semua orang, tetapi lebih penting kepada wanita hamil.

Namun wanita hamil lebih berisiko mendapat hipotiroid­isme kerana ia penyakit lazim ketika hamil. Malangnya simptom hipotiroid­isme mungkin diabaikan kerana menganggap ia hanya kesan sampingan alahan mengandung. Malah mereka juga tidak sedar akan penyakit ini dan meneruskan kehidupan tanpa mendapatka­n rawatan.

Kata Dr Nor Azmi, sebelum kelahiran, bayi bergantung sepenuhnya pada ibu untuk hormon tiroid sehingga kelenjar tiroid bayi boleh berfungsi sendiri kira-kira pada 12 minggu kehamilan (akhir trimester pertama).

Apabila hamil, tubuh memerlukan hormon tiroid yang mencukupi bagi menyokong keperluan metabolik yang semakin meningkat juga untuk bayi yang dikandung. Kelenjar

 ??  ?? DARI kiri Perunding Kesihatan Awam KKM Dr Feisul Idzwan Mustapha, Dr Zanariah, Pengarah Bahagian Perkembang­an Perubatan KKM Datuk Dr Azman Abu Bakar, Pegawai Eksekutif Merck Malaysia Ee Boon Huey dan Dr Nor Azmi ketika pelancaran Kempen Bebaskan Diri...
DARI kiri Perunding Kesihatan Awam KKM Dr Feisul Idzwan Mustapha, Dr Zanariah, Pengarah Bahagian Perkembang­an Perubatan KKM Datuk Dr Azman Abu Bakar, Pegawai Eksekutif Merck Malaysia Ee Boon Huey dan Dr Nor Azmi ketika pelancaran Kempen Bebaskan Diri...
 ??  ?? JALANI pemeriksaa­n selepas anda disahkan hamil. IBU hamil terdedah kepada hipotiroid­isme.
JALANI pemeriksaa­n selepas anda disahkan hamil. IBU hamil terdedah kepada hipotiroid­isme.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia