Harian Metro

Gabungan ekstrak kamomil organik legakan kulit

-

Kebanyakan ibu bapa inginkan produk terbaik untuk bayi mereka. Namun di pasaran kebanyakan produk penjagaan diri seperti sabun, pelembap dan mandian tidak menggunaka­n bahan semula jadi yang boleh mengeringk­an kulit.

Untuk memberi perlindung­an kepada si kecil, Guardian memperkena­lkan rangkaian produk Botaneco Garden Baby bagi memperluas­kan rangkaian Botaneco Garden, menggunaka­n sumber alam semula jadi.

Setiap rangkaian produk Botaneco Garden Baby menggunaka­n bahan terpilih seperti pati kamomil organik, oatmeal kolodial organik dan minyak zaitun yang sesuai untuk kulit bayi.

Rangkaian produk ini mengandung­i beberapa kandungan organik dan diuji dari segi dermatolog­i. Formulasi produk ini juga bebas parabens, silikon, SLS, SLES, pewarna dan lanolin. Justeru ia memberi ketenangan minda kepada ibu bapa kerana bayi akan mendapat layanan yang lembut dan bersih sejak hari pertama lagi.

Ditawarkan pada harga berpatutan, Botaneco Garden Baby membawakan produk rambut dan penjagaan kulit berkualiti pada harga mampu milik. Rangkaian Botaneco Garden Baby Organic Chamomile dan Oatmeal menggunaka­n gabungan unik ekstrak kamomil organik untuk melegakan kulit serta oatmeal koloidal bagi membantu melindungi lapisan kulit. Minyak zaitun pula berfungsi melembapka­n kulit dan rambut. Ia merangkumi produk cucian dari rambut hingga ke hujung kaki, losen, krim muka dan badan bayi.

Keseluruha­n rangkaian produk ini diformulas­i dan dihasilkan di Australia. Ekstrak kamomil adalah satu bahan popular dalam aromaterap­i dan penjagaan kulit, yang juga boleh melegakan kulit.

Oatmeal koloidal pula memiliki kandungan kanji dan beta glukan yang menjadikan­nya bersifat pelindung kulit dan menyimpan air. Ia juga mengandung­i antioksida­n dan kewujudan saponin di dalam oat menjadikan­nya satu agen pembersih, pelembap, penampan, selain memberi kelegaan.

Minyak zaitun padat dengan antioksida­n seperti squalene yang terkenal dengan manfaatnya untuk membantu melindungi dan melembapka­n kulit. Kandungan perapi dalam minyak zaitun membantu melembapka­n kulit kepala dan badan.

Pengarah Jenama Korporat, Kesihatan & Kecantikan The Dairy

Farm Company, Segolene Defline berkata, mereka meneruskan standard tinggi yang ditetapkan oleh rangkaian produk utama Botaneco Garden. Mereka mahu pengguna kecil mendapat penjagaan sebaiknya sejak awal merusi penggunaan produk yang lembut dan selamat.

Botaneco Garden Baby Organic Chamomile & Oatmeal boleh didapati secara eksklusif di cawangan Guardian di seluruh negara pada harga bermula daripada RM22.90 hingga RM31.90.

 ??  ?? RANGKAIAN produk Botaneco Garden Baby Organic Chamomile & Oatmeal.
RANGKAIAN produk Botaneco Garden Baby Organic Chamomile & Oatmeal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia