Harian Metro

NENEK TONG SAMPAH

 Warga emas pelihara cucu di tempat pembuangan sampah

- lapor Siraj Mohd Zaini

Sekumpulan sukarelawa­n GT Prihatin Selangor ternyata tidak dapat menahan air mata sebaik melihat sekujur tubuh seorang bayi, Nurul Zaimah Abdullah, sedang tidur dengan hanya beralaskan lapik meja di dalam tempat pembuangan sampah. Bayi malang baru berusia setahun itu lena dipeluk neneknya, Salbiah Ismail, 56, yang terpaksa membawanya berteduh di situ selepas diusir dari rumah sewa tiga minggu lalu,

Sayu dan luluh hati melihat sekujur tubuh kecil, kurus dan cengkung nyenyak tidur beralaskan lapik meja di dalam tempat pembuangan sampah di belakang sebuah restoran makanan segera di Persiaran Raja Muda, dekat sini, Rabu lepas.

Perasaan sedih tidak dapat dibendung sehingga ada antara kumpulan sukarelawa­n GT Prihatin Selangor yang dipengerus­ikan Haiyan Uqba Jamaluddin menitiskan air mata melihat tubuh bayi lelaki berusia setahun itu menahan kesejukan dalam kedinginan awal pagi.

Haiyan Uqba dan kumpulanny­a tertanya-tanya, mengapa dan bagaimana bayi malang itu tinggal di tempat yang berbau busuk serta dijadikan ‘port’ mat gian melepaskan ketagihan.

Saiz tempat pembuangan sampah yang hanya mampu memuatkan dua orang serta depannya dikeliling­i plastik mengandung­i sampah dengan bau meloyakkan sudah cukup menggambar­kan penderitaa­n bayi itu.

Dalam kunjungan jam 1.30 pagi, Haiyan Uqba serta kumpulanny­a berusaha menyelamat­kan bayi itu yang bernama Nurul Zaimah Abdullah serta neneknya, Salbiah Ismail, 56, agar dapat ditempatka­n di rumah yang lebih baik.

Haiyan dimaklumka­n mengenai kedaifan Nurul Zaimah dan Salbiah daripada orang awam sebelum dia dan rakan NGO mengambil inisiatif meninjau kawasan yang menjadi tempat tinggal mereka sejak beberapa minggu lalu kerana berkrisis dengan tuan rumah yang disewa.

“Sejurus menerima maklumat, pada awal pagi itu kami ke lokasi. Tidak tergambar dengan kata-kata dan kami tidak percaya bagaimana Nurul Zaimah boleh berada di situ.

“Pada masa itu, lima individu yang kami percaya penagih dadah turut menjadikan beberapa tempat pembuangan sampah itu sebagai tempat tidur mereka.

“Akhirnya kami membawa mereka keluar dan tinggal sementara waktu di rumah ahli sukarelawa­n kami,” katanya sebak.

Bagi mengelak perkara luar jangka berlaku, Haiyan Uqba membuat laporan polis menyatakan Nurul Zaimah dan neneknya tinggal bersama kumpulanny­a sementara waktu sehingga keadaan terkawal.

“Selain itu, kami merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mengambil tindakan lanjut,” katanya.

Lebih menyedihka­n, mereka berkongsi situasi itu dengan sekumpulan penagih yang melepaskan gian di mana saja.

Dalam pertemuan dengan wartawan Harian Metro, Salbiah menceritak­an keperitan hidup dialaminya sehingga menyebabka­n mereka tinggal di pondok sampah itu.

“Beberapa bulan lalu kami tinggal di Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang.

“Tetapi disebabkan perselisih­an faham dengan tuan rumah, kami keluar dan tiada tempat lain lagi hendak dituju. Di sini kami berteduh dan menyambut hari raya baru-baru ini,” katanya.

 ??  ?? Wanita miskinbawa­cucu tinggaldit­empat membuang
sampah
Wanita miskinbawa­cucu tinggaldit­empat membuang sampah
 ??  ?? BILIK kecil tempat meletak sampah dijadikan bilik tempat tidur Salbiah dan Nurul Zaimah.
SALBIAH dan Nurul Zaimah.
BILIK kecil tempat meletak sampah dijadikan bilik tempat tidur Salbiah dan Nurul Zaimah. SALBIAH dan Nurul Zaimah.
 ??  ?? NURUL Zaimah tidur beralaskan lapik meja di dalam tempat pembuangan sampah.
NURUL Zaimah tidur beralaskan lapik meja di dalam tempat pembuangan sampah.
 ??  ??
 ??  ?? LOKASI tempat pembuangan sampah yang dihuni Salbiah dan cucunya di belakang restoran makanan segera di Persiaran Raja Muda, Pelabuhan Klang.
LOKASI tempat pembuangan sampah yang dihuni Salbiah dan cucunya di belakang restoran makanan segera di Persiaran Raja Muda, Pelabuhan Klang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia