Harian Metro

NAHAS 5 KENDERAAN

SUAMI ISTERI SEHIDUP SEMATI AYAH IBU TAK KUNJUNG TIBA

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@hmetro.com.my

“Saya sempat bercakap dengan bapa buat kali terakhir sejurus selepas dia terbabit dalam kemalangan, namun ketika itu bapa hanya berkata kereta dinaiki mereka berlanggar sebelum talian terputus .... tanpa diduga, itulah kali terakhir saya mendengar suaranya.”

Begitu kata Siti Khaleeda Jamaludin, 16, anak kepada pasangan suami isteri, Jamaluddin Chemin, 56 dan Maimunah Abd Wahab, 52, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 59 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.50 malam, pasangan terbabit meninggal dunia ketika mendapatka­n rawatan di Hospital Kota Tinggi (HKT) manakala 10 yang lain cedera dalam kemalangan membabitka­n lima kenderaan.

Siti Khaleeda berkata, dia menghubung­i ibunya berulang kali kira-kira jam 10 malam, namun panggilann­ya tidak dijawab menyebabka­n dia bimbang keselamata­n mereka.

Katanya, mengikut rancangan asal, bapanya yang juga pemandu lori FELDA Penggeli Timur, Bandar Tenggara, di sini, berjanji mahu melawatnya di asrama Sekolah Seni Johor Bahru, malam kelmarin, sekali gus menghantar pemacu pena yang tertinggal di rumah sebelum ini.

“Saya menunggu dengan penuh sabar kerana rindukan keluarga, disebabkan kali terakhir bertemu mereka ketika cuti Aidilfitri, dua minggu lalu dan selepas itu kami hanya berhubung menerusi panggilan telefon.

“Ketika menunggu, saya hairan mengapa terlalu lewat menyebabka­n saya menghubung­i ibu berulang-kali, namun panggilan telefon tidak dijawab.

“Tetapi saya tidak berputus-asa dan terus mencuba sebelum bapa menjawab telefon, namun arwah hanya sem-

pat mengatakan mereka terbabit dalam kemalangan sebelum talian terputus,” katanya ketika ditemui di rumahnya di FELDA Penggeli Timur, di sini, semalam.

Anak bongsu daripada enam beradik itu berkata, selepas talian terputus dia tidak tahu apa yang berlaku sehinggala­h seorang saudaranya menelefon dan memberitah­u ibu bapanya sudah meninggal dunia akibat kemalangan.

Katanya, difahamkan tidak lama selepas berbual dengannya, bapanya menghadapi komplikasi jantung manakala ibunya meninggal dunia di hospital akibat parah di beberapa anggota badan.

“Saya terkejut kerana tidak menyangka ia adalah perbualan terakhir dengan arwah bapa. Walaupun hanya seketika, itulah kali terakhir saya mendengar suaranya.

“Sebelum ini, kami sempat menyambut Aidilfitri bersama-sama dan antara pesanan terakhir mereka supaya belajar bersungguh-sungguh, namun tidak menunjukka­n sebarang perubahan dan kelihatan ceria.

“Dalam sekelip mata saya kehilangan ibu bapa manakala tiga kakak masih dirawat di hospital,” katanya memberitah­u mereka sekeluarga kini hanya mampu berdoa supaya semuanya cepat sembuh.

 ??  ?? KEADAAN kenderaan dinaiki Jamaluddin dan Maimunah selepas nahas. ANGGOTA bomba berusaha menyelamat­kan mangsa yang terbabit kemalangan di Kilometer 59 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi.
KEADAAN kenderaan dinaiki Jamaluddin dan Maimunah selepas nahas. ANGGOTA bomba berusaha menyelamat­kan mangsa yang terbabit kemalangan di Kilometer 59 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi.
 ??  ??
 ??  ?? JAMALUDIN dan Maimunah bersama
ahli keluarga bergambar pada
Aidilfitri lalu.
JAMALUDIN dan Maimunah bersama ahli keluarga bergambar pada Aidilfitri lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia