Harian Metro

VIRUS RABIES

MANGSA KEEMPAT MENINGGAL MUKIM MATANG KAWASAN WABAK

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

“Anak saudara saya sempat menyambut Hari Gawai pada 1 Jun lalu namun tidak lama selepas itu, kesihatann­ya merosot,” kata Asem Ladong, 52.

Asem adalah bapa saudara kepada Florencesi­a Edward, 5, mangsa keempat yang meninggal dunia petang semalam, selepas disahkan menghidap virus rabies.

Florencesi­a disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, jam 2.05 petang selepas alat bantuan hayat dicabut ekoran keadaannya yang tidak dapat diselamatk­an selepas sel otaknya mati.

Menurut Asem, tangan kiri mangsa digigit anjing ketika mangsa berada di rumah datuknya seminggu sebelum sambutan Hari Gawai namun tidak menunjukka­n sebarang simptom virus berkenaan.

“Selepas sambutan Hari Gawai, anak saudara saya mula menunjukka­n simptom virus rabies sebelum keluargany­a membawanya ke Hospital Serian untuk rawatan.

“Selepas rawatan di Hospital Serian, mangsa tidak menunjukka­n sebarang perubahan sebelum dia dipindahka­n ke HUS untuk pemantauan pakar,” katanya.

Menurut Asem, sejak dirawat di HUS pada 4 Julai lalu, mangsa tidak menunjukka­n petanda positif dan terus kritikal menyebabka­n keluargany­a membuat keputusan untuk mencabut alat bantuan hayat, petang semalam.

Katanya, mangsa yang menetap bersama keluargany­a di Kampung Ampungan di Serian akan disemadika­n di kampung berkenaan, esok selepas semua proses dokumentas­i selesai.

Untuk rekod, pada 4 Julai lalu, dua beradik, Monica Mazlan, 6, dan Jackson Mazlan, 4, meninggal dunia akibat virus rabies disusuli Alicesa Lorenna Nody, 7, pada 13 Julai lalu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahka­n kematian kanak-kanak itu dan memaklumka­n, setakat ini jumlah mangsa yang maut akibat virus rabies meningkat kepada empat orang.

Menurutnya, setakat ini tiada kes baru virus rabies dilaporkan di seluruh negara namun pihaknya terus memastikan suntikan vaksin diberikan kepada mereka yang pernah digigit anjing.

“Jabatan Kesihatan sedang melaksanak­an aktiviti kawalan dan pencegahan termasuk pengesanan kes gigitan anjing di kawasan yang disahkan mempunyai virus rabies bagi tujuan rawatan dan pemantauan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, Sekretaria­t Pengurusan Bencana Sarawak melaporkan 368 kes gigitan anjing direkodkan berlaku sejak 1 April lalu.

 ??  ??
 ??  ?? KAKITANGAN hospital menolak troli mayat mangsa yang disahkan meninggal dunia di HUS. Gambar kecil, Florencesi­a.
KAKITANGAN hospital menolak troli mayat mangsa yang disahkan meninggal dunia di HUS. Gambar kecil, Florencesi­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia