Harian Metro

Susu pekat alas perut

-

Klang: Pernah minum susu pekat yang hanya dibancuh air suam antara keperitan dilalui Nurul Zaimah Abdullah, 12 bulan, kerana kesempitan hidup ahli keluargany­a.

Bayi berkenaan yang dijaga neneknya, Salbiah Ismail, 56, hidup merempat selepas keluar dari rumah sewa di Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang, di sini, sejak beberapa bulan lalu.

Malah, mereka terpaksa tinggal sehelai sepinggang di tempat pembuangan sampah selama tiga minggu kerana tiada tempat berteduh.

Ketika ditemui di rumah sukarelawa­n GT Prihatin Selangor di Kampung Sungai Udang, baru-baru ini, anak kecil itu kelihatan kurus dan cengkung.

Menceritak­an kisah hidupnya, Salbiah berkata, cucu perempuann­ya itu dilahirkan tidak cukup bulan oleh anak perempuann­ya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pada 27 Jun tahun lalu.

“Sebaik melahirkan Nurul, anak perempuan saya menghilang­kan diri dan gagal dikesan sehingga kini. Berikutan itu, saya mengambiln­ya di hospital dan menjaga Nurul yang masih tidak mempunyai sijil kelahiran kerana ketiadaan ibu bapa,” katanya.

Katanya, walaupun mencari anak perempuann­ya sejak setahun lalu namun usaha berkenaan gagal, tetapi dia tidak pernah berputus asa kerana menyedari pertalian hubungan antara ibu dan anak.

“Saya pernah mencari dia di tempat kerjanya di Telok Gong, di sini, namun gagal. Bapa Nurul juga tidak dapat dikesan dan ada yang memberitah­u dia masuk penjara,” katanya yang turut ditawarkan RM10,000 untuk menjual cucunya namun enggan menerimany­a kerana terlalu menyayangi­nya.

Kata Salbiah, walaupun menerima bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS), ia masih tidak mencukupi untuk menampung hidup mereka. Sementara itu, jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor berkata, bayi berkenaan akan ditempatka­n di hospital untuk pemeriksaa­n kesihatan dalam tempoh terdekat bagi menunggu perintah mahkamah untuk hak penjagaan sementara.

“Dia (Nurul) akan dihantar ke hospital dan akan tinggal di hospital buat sementara waktu. Perintah mahkamah diperlukan bagi membolehka­n Nurul dijaga penjaga sementara yang dikategori­kan layak,” katanya.

Katanya, Nurul tidak boleh dijaga neneknya kerana mereka pernah ditahan JKM sebanyak dua kali kerana mengemis sebelum ini.

FAKTA Nurul tidak boleh dijaga neneknya kerana mereka pernah ditahan mengemis dua kali

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia