Harian Metro

Zionis makin melampau

 Larang laung azan guna pembesar suara, pesakit di hospital terdedah kematian akibat catuan elektrik

- Amir Abd Hamid dan Mohd Firdaus Ibrahim am@hmetro.com.my

Laungan azan tidak dibenar menggunaka­n pembesar suara dan setiap warga Palestin perlu melalui pagar elektronik yang dikawal ketat tentera Zionis untuk masuk ke Masjid al-Aqsa bagi menunaikan solat.

Di Semenanjun­g Gaza pula, bekalan elektrik hanya dua jam setiap hari menyebabka­n ribuan pesakit di hospital terdedah kepada kematian.

Itulah keadaan terkini di Palestin yang didedahkan Penyelaras Media Aman Palestin di Gaza, Hamza Derawi ketika dihubungi Harian Metro semalam.

Menurutnya, situasi tegang di Masjid al-Aqsa akan terus berlaku antara rejim Zionis dan Muslim rentetan tindakan menghalang umat Islam menunaikan solat dalam masjid berkenaan.

“Setiap hari ada saja warga Palestin mati ditembak. Tentera Israel mendakwa serangan mahu dilakukan kami (warga Palestin), tetapi keadaan sebenar adalah sebaliknya. Ia adalah rutin kejam dilakukan mereka bagi menekan kami,” katanya.

Hamza berkata, selain azan tidak dibenar dilaung menggunaka­n pembesar suara, setiap warga Palestin juga perlu melalui pagar elektronik yang dipasang di seluruh masjid berkenaan.

“Bahagian luar dan dalam al-Aqsa kini dipasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengawal keadaan.

“Warga Palestin tidak lagi bebas bergerak berbanding sebelumnya. Apa yang pasti, ketegangan akan terus berlaku kerana warga Palestin akan mempertaru­hkan nyawa sendiri bagi membebaska­n (masjid) al-Aqsa,” katanya.

Katanya, biarpun di Semenanjun­g Gaza kini tiada serangan udara ataupun peperangan, dua juta rakyat mengalami krisis ketiadaan bekalan elektrik.

“Hanya dua jam saja bekalan elektrik dibenarkan Israel. Sebelum ini kita bergantung kepada generator, tetapi disebabkan kekurangan minyak, masalah tetap berlaku.

“Bekalan tidak dapat dibawa masuk dari Mesir kerana sempadan tidak dibuka. Keadaan cukup kritikal sekarang. Begitu juga keadaan pesakit di hospital,” katanya.

Beliau berkata, sempadan yang hanya dibuka dua atau tiga hari setiap tiga bulan menyebabka­n ramai pesakit mati. “Sudah 17 pesakit maut kini disebabkan gagal dibawa ke hospital di Tebing Barat. Terbaru, Yara Ismail berusia tiga tahun yang menghidap sakit jantung maut selepas tidak dibenarkan keluar dari Gaza untuk mendapatka­n rawatan lanjut.

“Untuk rekod, 10 lagi pesakit kritikal di semua hospital di Gaza sedang menunggu kebenaran keluar tetapi kemungkina­n besar mereka juga akan mati seperti Yara,” katanya.

Katanya, dia berharap seluruh rakyat Malaysia terus menyokong perjuangan rakyat Palestin membebaska­n Masjid al-Aqsa dan seluruh tanahnya.

“Doakan kami, sumbangan rakyat Malaysia akan digunakan sepenuhnya dalam menegakkan Islam di bumi Palestin,” katanya.

Sementara itu, Pakar Sejarah Palestin Ustaz Amin Abdullah berkata, halangan masuk ke Masjid al-Aqsa buat warga Palestin adalah kali pertama berlaku sejak 1969.

“Ia mungkin berlaku disebabkan pembunuhan dua orang awam Israel. Tetapi, saya percaya provokasi sering dimulakan mereka (Zionis) bukannya Muslim.

“Tutup al-Aqsa hanyalah untuk tunjuk kuasa tetapi Israel perlu ingat, masjid suci itu bukanlah milik warga Palestin saja sebaliknya Muslim seluruh dunia,” katanya.

Mengulas laporan akhbar tempatan di Palestin yang mengatakan Presidenny­a Mahmoud Abbas menggesa Hamas melepaskan kuasanya di Gaza, Amin berkata, ia hanyalah helah politik bagi menenangka­n penyokongn­ya.

“Saya yakin tiada peperangan saudara antara Fattah dan Hamas akan berlaku. Ia hanyalah retorik politik dimainkan Mahmoud.

“Lagipun di Gaza, sokongan rakyat terhadap Hamas cukup kuat, mustahil (sokongan) akan kembali kepada Fattah. Lagipun kebajikan penduduk di Gaza dijaga dengan baik,” katanya.

FAKTA 17 pesakit maut selepas gagal mendapatka­n rawatan di Tebing Barat

 ??  ?? WARGA Palestin bersolat di luar pagar keselamata­n Israel sambil dikawal tentera Zionis.
WARGA Palestin bersolat di luar pagar keselamata­n Israel sambil dikawal tentera Zionis.
 ??  ?? DUA tentera Zionis menahan remaja di luar pekarangan Masjid al-Aqsa.
DUA tentera Zionis menahan remaja di luar pekarangan Masjid al-Aqsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia