Harian Metro

Rindu telatah ayah

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@hmetro.com.my

“Separuh semangat saya hilang apabila abah sudah tiada, rindukan telatahnya,” kata Mohd Hishamuddi­n Abdul Rahman, 29, masih dalam keadaan terkejut, kehilangan bapanya, Abdul Rahman Pileh, 60, yang meninggal dunia dalam kejadian samun dan bunuh di Taman Bukit Terendak, Sungai Udang, di sini, Jumaat lalu.

Hishamuddi­n, satu-satunya anak lelaki daripada tiga beradik berkata, tugas menjaga keluarga terutama ibunya, kini digalasnya.

Menurut Hishamuddi­n, Allahyarha­m bapanya mempunyai sikap berbeza dengan anak-anak walaupun kelihatan pendiam.

“Kami ingat lagi, jika bercakap mengenai sesuatu perkara, abah beri pandangan dan mengikut teorinya sendiri. Selama ini sebagai anak, ada terfikir apa yang abah mengarut, tapi itulah kenangan yang ditinggalk­annya kepada kami.

“Kami sedih tapi saya fikir, daripada terus bersedih, lebih baik saya berdoa kerana saya sendiri tidak tahu sampai ke tahap ini ujian Allah kepada kami,” kata Hishamuddi­n.

Menurutnya, Allahyarha­m Abdul Rahman sering berpesan kepadanya supaya menggunaka­n wangnya untuk membawa mak mengerjaka­n umrah dan haji serta minta menjualkan tanahnya di Kluang, Johor, untuk menanggung kos menunaikan haji.

Katanya, kira-kira seminggu lalu sewaktu dia pulang berhari minggu di Sungai Udang, bapanya bercakap mengenai ibadah haji itu.

“Suasana pilu, hiba melanda kami adik-beradik, terutama kakak dan saya sendiri. Walaupun kami reda dengan pemergiann­ya, hingga kini, jiwa saya belum tenteram.

“Saya teringatka­n abah yang sering bertanyaka­n saya nak masak apa untuk makan tengah hari, malam atau mahu makan di mana setiap kali saya balik menemani mak dan abah pada hujung minggu. Saya sendiri, dalam perjalanan pulang dari Alor Setar, Kedah, sudah memikirkan pelan masakan atau lokasi untuk membawa mak dan abah makan setiap kali pulang,” katanya.

 ??  ?? MOHD Hishamuddi­n (dua dari kiri) bergambar kenangan bersama ibu dan arwah bapanya, (kanan).
MOHD Hishamuddi­n (dua dari kiri) bergambar kenangan bersama ibu dan arwah bapanya, (kanan).
 ??  ?? KEADAAN Sabturiah yang masih dirawat di hospital.
KEADAAN Sabturiah yang masih dirawat di hospital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia