Harian Metro

Belum rakam percakapan mangsa

-

Melaka: Polis belum merakam percakapan Sabturiah Lakidau, 59, mangsa yang juga saksi utama kejadian samun dan bunuh di Taman Bukit Terendak, Sungai Udang, di sini, Jumaat lalu, yang menyaksika­n pesara tentera Abdul Rahman Pileh, 60, maut dengan kesan kelar pada leher.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, beliau sudah mengarahka­n pegawainya melakukan lawatan ke Hospital Melaka untuk menilai sama ada Sabturiah sudah boleh dirakam percakapan atau sebaliknya.

“Mangsa sudah sedar, namun kami belum ambil keterangan kerana keadaannya mungkin belum bersedia akibat kecederaan teruk pada muka dan dalaman,” kata Afzanizar ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumka­n yang Sabturiah sudah ditempatka­n di wad biasa.

Begitupun, beliau menjangka, paling awal rakaman percakapan Sabturiah boleh diambil pada hari ini.

Sementara itu, Afzanizar mengesahka­n senjata yang digunakan dalam kejadian samun dan bunuh itu belum ditemui.

Dalam pada itu, anak mangsa Mohd Hishamuddi­n Abdul Rahman, 29, berkata, dia sudah segera menghubung­i polis meminta supaya mengambil keterangan daripada ibunya.

“Saya bimbang jika mak saya tahu yang abah sudah tiada, ingatan dan kesihatann­ya akan merosot. Ketika ini, dia dalam keadaan yang baik biarpun suaranya belum jelas. “Tapi jika polis mahu ambil keterangan, saya perlu ada bersama mak kerana saya boleh jelaskan percakapan­nya,” kata Hishamuddi­n.

Katanya, ingatan Sabturiah tidak terjejas kerana sebaik membuka mata ketika dia melawat ibunya itu kelmarin, ternyata wajahnya

dapat dicam.

 ??  ?? AFZANIZAR
AFZANIZAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia