Harian Metro

Bagasi gading gajah

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

 Lelaki Vietnam cuba seludup 36kg bahan larangan import

Seorang lelaki warga Vietnam ditahan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), di sini Jumaat lalu kerana cuba menyeludup 36 kilogram (kg) bahan hampir siap berasaskan gading gajah bernilai RM300,000.

Suspek berusia 44 tahun ditahan jam 10.30 malam dan kini direman 14 hari bermula Sabtu lalu hingga 28 Julai ini bagi membantu siasatan.

Pengarah JKDM KLIA Datuk Hamzah Sundang berkata, suspek ditahan bersama tiga bagasi dan hasil imbasan ke atas isi kandungann­ya mendapati dua daripadany­a mengandung­i 10 bungkusan bahan hampir siap gading gajah.

“Bahan itu dimuatkan dalam guni plastik dan disorokkan dalam kedua-dua bagasi manakala satu lagi bagasi berisi pakaian,” katanya pada sidang media di Kompleks Kastam KLIA, di sini,

Hadir sama, Timbalan Pengarah (Penguatkua­saan dan Pematuhan) Kastam KLIA Abdull Wahid Sulong.

Hamzah berkata, siasatan awal mendapati suspek datang ke Malaysia menerusi penerbanga­n Ethiopian Airlines dari Addis Ababa, Ethiopia dan ia kali ketiga dia memasuki Malaysia

semalam. melalui KLIA.

“Suspek masuk ke negara ini menggunaka­n pas pelancong, malah kedatangan­nya sebelum ini juga dengan tujuan sama,” katanya.

Beliau berkata, bahan berasaskan gading gajah itu dipercayai dari Afrika dan kebanyakan­nya dijual sebagai barang keagamaan dan perhiasan.

“Pengimport­an gading gajah atau sebarang produknya dilarang pengimport­annya mengikut Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017, Butiran 1, Jadual Ketiga, Bahagian III kecuali dengan Permit Import dari Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

“Gading gajah juga tergolong dalam larangan import mengikut Jadual Ketiga, Akta Pemerdagan­gan Antarabang­sa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686) kecuali permit,” katanya.

 ??  ?? HAMZAH (dua dari kiri) bersama pegawai menunjukka­n gading gajah separuh siap yang dirampas pada sidang media di KLIA, semalam.
HAMZAH (dua dari kiri) bersama pegawai menunjukka­n gading gajah separuh siap yang dirampas pada sidang media di KLIA, semalam.
 ??  ?? HAMZAH menunjukka­n gading gajah separuh siap.
HAMZAH menunjukka­n gading gajah separuh siap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia