Harian Metro

Diskaun 50% hingga 31 Ogos

-

Kuala Lumpur: Lebih setengah juta pengguna perkhidmat­an MRT, LRT, monorel, dan BRT Rapid KL sedia ada dan puluhan ribu pengguna baharu dijangka menikmati diskaun 50 peratus ke atas tambang perjalanan mereka mulai esok sehingga 31 Ogos 2017 berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika majlis perasmian fasa kedua MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang (MRT SBK) semalam.

Mengulas pengumuman Perdana Menteri itu, Datuk Ir Zohari Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd yang mengendali­kan perkhidmat­an MRT SBK berkata syarikat sedang bersiap sedia untuk menyelaras­kan sistem tambang semua perkhidmat­an terbabit untuk kemudahan semua pengguna.

“Insyha-Allah, sistem tambang kami akan siap diselarask­an untuk memberi diskaun 50 peratus kepada semua pengguna perkhidmat­an MRT, LRT, monorel, dan BRT mulai esok (hari ini),” kata Zohari.

Selaras dengan pembukaan fasa kedua MRT SBK kepada orang ramai mulai jam 4 petang itu, Zohari turut menyeru orang ramai supaya mengambil kesempatan untuk menggunaka­n secara percuma perkhidmat­an MRT fasa dua dari Stesen Kajang ke Stesen Muzium Negara sehingga tamat waktu perkhidmat­an tren berlepas dari Stesen Kajang dan Muzium Negara kira-kira jam 11.30 malam.

Dengan pembukaan fasa kedua MRT SBK, Zohari berkata lebih 1,200 anggota Rapid Rail yang ditugaskan untuk mengendali­kan perkhidmat­an MRT SBK turut bersedia menyambut bilangan pengguna baru perkhidmat­an MRT yang dijangka meningkat 10 kali ganda sehari berbanding jumlah pengguna MRT sedia ada.

Berikutan jangkaan peningkata­n jumlah pengguna baru itu, terutamany­a di stesen-stesen sambungan dan bersepadu, Rapid Rail telah dan sedang mengubah suai beberapa stesen utama, antaranya Stesen LRT KL Sentral.

“Anjung Timur Stesen LRT KL Sentral sudah siap diubah suai dan dibuka sepenuhnya mulai semalam sebagai pintu masuk kedua Stesen LRT KL Sentral,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia