Harian Metro

Mangsa di Hospital Melaka masih stabil

-

Nibong Tebal: Keputusan sama ada seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dimasukkan ke Hospital Melaka dijangkiti virus rabies atau penyakit anjing gila dijangka diketahui dalam tempoh terdekat.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, setakat ini, mangsa masih berada dalam keadaan stabil dan tidak kritikal sehingga memerlukan rawatan rapi.

Hilmi berkata, walaupun kanak-kanak terbabit ada menunjukka­n simptom penyakit berkenaan, namun ia belum dapat disahkan sehingga ujian makmal diperoleh.

“Mangsa dimasukkan ke Hospital Melaka kerana disyaki ada simptom virus rabies, namun pengesahan mengambil masa dan kita masih menunggu keputusann­ya.

“Nasihat kami kepada orang ramai, jika bimbang dijangkiti virus rabies segera ke hospital, kami akan perhati dan bagi vaksin, kita ada vaksin manusia dan vaksin haiwan,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Projek Pembaikan Kuarters Kesihatan Ibu dan Anak Sungai Bakap, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas perkembang­an terkini kanak-kanak berusia enam tahun di Melaka yang disyaki dijangkiti penyakit berkenaan selepas pulang daripada bercuti di Sarawak, baru-baru ini.

Kanak-kanak itu dilaporkan mengalami demam dan selesema selepas digigit anjing di sebuah perkampung­an di Sarawak dan dirujuk ke Hospital Terendak sebelum dipindahka­n ke Hospital Melaka, Rabu lalu.

Mengulas lanjut, Dr Hilmi berkata, dua kanak-kanak di Taiping, Perak yang disyaki dijangkiti virus rabies sudah dibenarkan keluar hospital, selain turut menerima suntikan vaksin antirabies.

“Tiada kes virus rabies membabitka­n manusia di Taiping, namun kita turut meletakkan keadaan berjaga-jaga supaya ia tidak merebak ke kawasan lain kerana ada anjing yang dilaporkan positif rabies,” katanya.

Kelmarin, Jabatan Kesihatan Negeri Perak mengesahka­n dua kanak-kanak berkenaan bebas daripada wabak anjing gila.

 ??  ?? DR Hilmi
DR Hilmi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia