Harian Metro

Hanya tahu melalui media

- Farah Suhaidah Othman am@hmetro.com.my

 Ibu kanak-kanak perempuan digigit anjing kesal lewat dimaklum hasil ujian

Ibu kanak-kanak perempuan yang digigit anjing dijangkiti virus rabies di Kuala Sepetang, dekat sini, 4 Julai lalu, kecewa atas kelewatan Jabatan Veterinar Perak memaklumka­n hasil ujian terhadap anjing miliknya.

Dia yang dikenali Madam Ooi, 40, mendakwa hanya mengetahui perkara itu kelmarin, sebaik dimaklumka­n rakannya yang membaca berita di media sedangkan Jabatan Veterinar memberitah­u akan memaklumka­n hasil ujian itu kepadanya, semalam.

“Sepatutnya mereka (Jabatan Veterinar) memberitah­u saya sendiri sebelum melaporkan­nya kepada media kerana perkara itu mengakibat­kan saya dan ahli keluarga lain menerima gangguan daripada orang luar yang bertanyaka­n mengenai hal ini.

“Namun, semalam saya dapat panggilan telefon daripada mereka (Jabatan Veterinar) memaklumka­n akan datang sendiri ke rumah dan memaklumka­n perkara itu pada Isnin (hari ini).

“Bagaimanap­un, semalam saya lihat beberapa kakitangan Jabatan Veterinar menjalanka­n pemeriksaa­n di kawasan sekitar, namun tiada seorang pun memaklumka­n perkara itu kepada saya,” katanya di sini, semalam.

Anjing milik Ooi mati pada Khamis lalu selepas menggigit dua kanak-kanak perempuan berusia 11 dan 12 tahun pada 4 Julai lalu sebelum Jabatan Veterinar mengesahka­n anjing berkenaan positif virus berkenaan.

Bagaimanap­un, Jabatan Kesihatan Negeri Perak semalam mengesahka­n kedua-dua kanak itu bebas daripada wabak anjing gila atau rabies.

Tinjaun Harian Metro di kawasan itu mendapati beberapa kakitangan Jabatan Kesihatan dan Jabatan Veterinar negeri giat menjalanka­n pemantauan dan pemeriksaa­n termasuk melakukan kajian terhadap isi rumah berhubung wabak berkenaan.

Difahamkan, antara soalan diajukan kepada penduduk termasuk jumlah isi rumah serta jenis binatang peliharaan yang dimiliki. Tinjauan mendapati tiada anjing liar berkeliara­n di kawasan itu, sebaliknya hanya satu atau dua anjing peliharaan berada di sekitar rumah pemilik.

Ooi berkata, anak perempuann­ya berusia 12 tahun, manakala anak saudara perempuann­ya 11 tahun sihat dan meneruskan sesi persekolah­an seperti biasa.

“Kedua-duanya tidak dimasukkan ke wad sebaliknya menerima rawatan susulan di Hospital Taiping dan kedua-duanya diberikan suntikan Rabu ini di hospital berkenaan,” katanya.

Menurutnya, doktor veterinar yang merawat anjing peliharaan­nya memaklumka­n haiwan itu mempunyai kesan gigitan di bahagian kemaluanny­a, tetapi ia tidak menunjukka­n sebarang tanda penyakit pada awalnya.

 ??  ?? KAKITANGAN Jabatan Veterinar membuat pemeriksaa­n di sekitar kawasan rumah mangsa digigit anjing.
KAKITANGAN Jabatan Veterinar membuat pemeriksaa­n di sekitar kawasan rumah mangsa digigit anjing.
 ??  ?? OOI
OOI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia