Harian Metro

Mukim Matang diisytihar kawasan wabak anjing gila

-

Ipoh: Mukim Matang di daerah Larut Matang Selama (LMS) diwartakan sebagai kawasan wabak anjing gila atau rabies oleh kerajaan negeri berkuatkua­sa semalam, susulan satu kes dilaporkan di kawasan itu pada 4 Julai lalu.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pengisytih­aran wabak anjing gila itu digazetkan mengikut Subseksyen 39 (1), Akta Binatang 1953 (Akta 647).

Menurutnya, arahan pewartaan itu memberi kuasa kepada Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) untuk mengambil tindakan sewajarnya di kawasan itu.

“Oleh itu, pergerakan anjing keluar dan masuk di kawasan berkenaan tidak dibenarkan kecuali atas kebenaran bertulis daripada Pengarah Perkhidmat­an Veterinar Negeri.

“Mana-mana pemilik atau orang yang terbabit mengawal mana-mana anjing di kawasan dijangkiti hendaklah memastikan anjing dikawal dengan baik (mengurung) di kawasan yang tertutup dan sesuai serta mengikat anjing dengan selamat.

“Jika dibawa keluar dari kawasan perumahan, mereka mestilah menggunaka­n tali pengikat yang sesuai,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidanga­n Setiausaha Kerajaan Negeri mengenai tindakan terhadap isu dalam laporan Ketua Audit Negara, di sini, semalam.

Pewartaan itu dikeluarka­n susulan kejadian dua kanak-kanak perempuan berusia 11 dan 12 tahun digigit anjing peliharaan keluargany­a pada 4 Julai lalu.

Kes itu dikesan apabila pemilik anjing membuat laporan pada Khamis lalu mengenai anjing dipelihara­nya mati selepas lapan hari menggigit anak perempuan dan anak saudaranya di Kuala Sepetang, Taiping.

 ?? Dr Zambry ?? Pergerakan anjing keluar dan masuk di kawasan itu tidak dibenarkan kecuali atas kebenaran bertulis Pengarah Perkhidmat­an
Veterinar Negeri”
Dr Zambry Pergerakan anjing keluar dan masuk di kawasan itu tidak dibenarkan kecuali atas kebenaran bertulis Pengarah Perkhidmat­an Veterinar Negeri”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia