Harian Metro

Nasib berubah sekelip mata

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz rnorain@hmetro.com.my

 Luluh hati isteri lihat suami lumpuh sejak 4 bulan lalu selepas alami pendarahan dalam otak

Luluh hati seorang isteri apabila melihat suaminya yang dulunya ceria, boleh bergurau senda dan sihat, tiba-tiba menjadi lumpuh serta hanya terbaring di atas katil sejak empat bulan lalu.

Lebih memilukan Kuzilawati Sharuddin, 37, apabila suaminya, Ahmad Faizal Halib, 39, kini tidak mampu bercakap, malah sebahagian tempurung kepalanya terpaksa dikeluarka­n akibat pendarahan dalaman yang dialaminya sehingga menyebabka­n kepalanya berlekuk.

Katanya, kejadian yang menimpa suaminya berlaku dalam tempoh yang singkat, bermula dengan pengsan dan mengalami kekejangan otot di rumahnya di Segamat, Johor pada Mac lalu, kemudian doktor mengesan berlakunya pendarahan dalam otak serta perlu menjalani pembedahan.

“Suami pada mulanya menerima rawatan di Hospital Segamat dan doktor mengesan berlaku pendarahan di dalam otak sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (Johor Bahru) untuk pembedahan bagi mengeluark­an darah berkenaan.

“Selepas pembedahan, suami terus lumpuh dan tidak mampu bercakap. Kepalanya juga berlekuk kerana doktor terpaksa mengeluark­an tempurung kepalanya ketika pembedahan itu,” katanya.

Kuzilawati yang juga seorang suri rumah berkata, dia seakan hilang punca kerana dia hanya bergantung sepenuhnya kepada suaminya yang sebelum ini bekerja di sebuah kilang di Segamat.

Keadaan itu memaksa dia bersama dua anak mereka, Nur Syafiqah, 16, dan Sharkawi, 11, berpindah ke rumah mentuanya di FELDA Keratong, dekat Muadzam Shah, di sini, kerana tidak mampu menguruska­n suaminya seorang diri.

“Suami memerlukan penjagaan yang rapi kerana dia tidak mampu untuk bangun, apatah lagi untuk menguruska­n diri sendiri. Jadi, dia memang bergantung sepenuhnya kepada saya.

“Hati isteri mana yang tidak sedih melihat keadaan suami yang berubah hampir seratus peratus, sebelum ini dia sihat namun dalam sekelip mata saja menjadi sebegini,” katanya.

Menurutnya, pendarahan dalam otak yang dialami suaminya itu dipercayai kesan daripada kemalangan yang dihadapiny­a ketika remaja dan sebelum, ini Ahmad Faizal sering mengadu sakit kepala.

Katanya, suaminya hanya menganggap ia sekadar sakit biasa kerana tidak pernah pengsan atau mengalami kekejangan otot seperti sebelum ini.

Dia kini buntu untuk meneruskan kehidupann­ya dan mencari sumber pendapatan bagi menyara keluargany­a berikutan masih belum mendapat kerja yang sesuai.

Katanya, anak keduanya adalah orang kurang upaya (OKU) kerana mengalami masalah saraf dari pinggang ke bawah dan memperoleh bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.

“Adakalanya saya terpaksa bergantung kepada wang itu untuk membeli keperluan kami, sesekali ada juga ahli keluarga lain menghulurk­an bantuan.

“Saya mahu keluar mencari kerja, sampai bila saya mahu terus mengharapk­an belas ihsan mertua namun sehingga kini masih gagal mencari kerja yang sesuai,” katanya yang memaklumka­n segala keperluan suaminya disumbangk­an oleh Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO).

Justeru, orang ramai yang mahu menghulurk­an bantuan atau mempunyai tawaran kerja yang bersesuaia­n boleh menghubung­i Kuzilawati di talian 010-4171025.

 ??  ?? KEADAAN Ahmad Faizal selepas mengalami pendarahan dalaman kini hanya terlantar di rumah keluarga di FELDA Keratong, Muadzam Shah.
WAJAH Ahmad Faizal sebelum sakit.
KEADAAN Ahmad Faizal selepas mengalami pendarahan dalaman kini hanya terlantar di rumah keluarga di FELDA Keratong, Muadzam Shah. WAJAH Ahmad Faizal sebelum sakit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia