Harian Metro

‘Sayalah ibu, sayalah ayah empat anak’

-

Kota Bharu: “Selepas kematian isteri sejak tiga tahun lalu, sayalah ibu dan ayah kepada empat anak ini,” kata bapa tunggal Mohd Razali Salleh, 46.

Mohd Razali berkata, isterinya, Norzailati Daud, 36, yang menghidap penyakit buah pinggang meninggal dunia ketika empat anak berusia antara 10 hingga 15 tahun masih memerlukan kasih sayang seorang ibu.

Katanya, sejak itu, dia perlu bijak membahagik­an masa antara waktu kerja dan juga menjaga semua anaknya yang masih bersekolah.

“Pada sebelah petang, saya bekerja sebagai penga- wal keselamata­n di Pengkalan Chepa, manakala pada sebelah pagi, sebaik pulang dari kerja, saya menghantar anak dan menguruska­n rumah seperti membasuh pakaian serta memasak.

“Saya bersyukur kerana biarpun semua anak masih kecil, mereka cukup memahami keadaan keluarga dan sentiasa membantu menjaga antara satu sama lain sepanjang saya berkerja pada waktu malam.

“Walaupun penat, itu bukan alasan untuk saya mengabaika­n tanggungja­wab dan amanah yang perlu dijaga,” katanya ketika ditemui di rumahnya yang terletak di Kampung Becah, Banggu, di sini, semalam.

Mohd Razali berkata, dengan pendapatan yang diperoleh sebanyak RM1,080 sebulan, ia cukup untuk makan, minum dan keperluan sekolah empat anaknya.

“Dulu ketika arwah isteri masih ada, saya boleh melakukan pelbagai pekerjaan lain seperti mengambil upah memotong rumput atau tukang rumah untuk menampung perbelanja­an bulanan kami sekeluarga.

“Namun kini, saya perlu berbelanja secara berhemah kerana hanya fokus kepada pekerjaan yang sekarang untuk memastikan keperluan empat anak saya terjaga,” katanya.

Katanya, kini dia dan anak mendiami rumah pusaka peninggala­n keluarga dan tidak perlu menyewa di tempat lain.

“Bagaimanap­un, rumah yang didiami uzur kerana ada dinding rumah yang berlubang, selain tingkap rumah yang rosak.

“Nak baiki sendiri memang saya tidak mampu, namun saya tetap bersyukur dengan apa yang ada ,” katanya.

 ??  ?? MOHD Razali bersama empat anaknya di rumah mereka di Kampung Becah, Banggu, Kota Bharu.
MOHD Razali bersama empat anaknya di rumah mereka di Kampung Becah, Banggu, Kota Bharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia