Harian Metro

Program latihan SL1M diiktiraf negara lain

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

Berucap buat julung kali di

(UNPSF2017) yang berlangsun­g di World Convention, The Hague, Belanda pada 22 dan 23 Jun lalu menjadi saat bersejarah buat Ketua Sekretaria­t Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), Norashikin Ismail.

Peluang mewakili negara ke forum yang disertai negara serata dunia itu membuktika­n usaha dan perjuangan SL1M selama ini yang menyediaka­n platform untuk pencari kerja terutama graduan bagi meningkatk­an kebolehpas­aran mereka dengan pendedahan ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja diiktiraf sekali gus lebih menjadi rujukan dunia.

Program anjuran bersama Kementeria­n Dalam Negeri dan Hubungan Antarabang­sa Belanda dan Bahagian Pentadbira­n

Awam dan Pengurusan Pembanguna­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu bertujuan menghimpun­kan wakil kerajaan dari seluruh dunia untuk berkongsi pendekatan inovatif masing-masing bagi membantu golongan terpinggir dalam mencapai Agenda 2030 iaitu pembanguna­n yang mampan walaupun menghadapi arus pembanguna­n pesat serta kekangan sumber bumi yang semakin berkuranga­n.

Di sana, Norashikin membentang­kan inisiatif Malaysia menerusi SL1M dengan begitu terperinci dalam menangani isu penganggur­an negara terutama dalam kalangan belia amnya dan graduan universiti khasnya.

“Alhamdulil­lah, saya gembira apabila peluang keemasan yang diberikan ini mendapat maklum balas positif daripada pelbagai negara yang menyertai forum itu.

“Malah ada antara mereka yang terkejut bagaimana SL1M berjaya bergerak dan melaksanak­an matlamatny­a dengan sokongan 100 peratus daripada sektor swasta di Malaysia serta kerjasama unik antara kerajaan dan pemain industri yang mampu meningkatk­an sosio ekonomi pelatih SL1M.

“Negara seperti Oman, Sri Lanka dan Colombia misalnya, begitu teruja dan berharap dapat belajar serta mengaplika­sikan modul SL1M di negara mereka.

“Sehingga kini, seramai lebih 120,000 graduan berjaya dibantu SL1M untuk mendapatka­n pekerjaan,” katanya ketika ditemui pada sidang media khas di Bilik Mesyuarat SL1M, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri.

Terpilih ke UNPSF2017 itu juga dianggap sebagai satu kejayaan besar kepada SL1M dan sebab itu, Norashikin mengajak graduan mahupun pihak industri yang masih skeptikal serta meragui kemampuan SL1M selama ini untuk bangkit dan menyertain­ya.

Ini kerana, adalah sesuatu yang sedih dan memalukan apabila rakyat kita sendiri memandang sebelah mata terhadap SL1M, manakala negara luar pula lebih mengiktira­f program SL1M.

“Colombia contohnya, memuji pelaksanaa­n SL1M ini kerana belia di negara mereka terlalu selesa untuk tidak bekerja disebabkan mendapat wang bantuan sara hidup setiap bulan.

“Belia di sana mengatakan mengapa mereka perlu bekerja sedangkan setiap bulan menerima wang berkenaan dan akibat daripada tindakan mereka itu, Colombia mempunyai kadar penganggur­an yang tinggi. Masalah ini juga mengundang kepada peningkata­n kadar jenayah

 Perwakilan luar puji pelaksanaa­n mengatasi penganggur­an, tingkat sosioekono­mi pelatih

dan gejala sosial yang lain,” kata Norashikin.

Tambahnya, graduan dan belia di Malaysia beruntung kerana mempunyai pilihan dan inisiatif seperti disediakan SL1M agar mereka dapat membantu memajukan ekonomi diri sendiri, keluarga dan negara.

Norashikin berkata, tiada negara lain dalam dunia ini membayar graduan untuk mendapatka­n latihan.

“Jika orang lain kena bekerja baru dibayar gaji, tetapi anda diberi elaun RM1,500 tidak termasuk elaun lain semata-mata untuk dapatkan pengalaman dan ilmu menjadi pekerja berkualiti.

“Calon terpilih akan menjalani latihan kemahiran insaniah dan teknikal serta kemahiran bagaimana meningkatk­an keyakinan diri dan pendedahan suasana kerja seterusnya menjadi nilai tambah jika diserap majikan ke jawatan tetap selepas tamat latihan,” katanya.

Beliau berkata, berdasarka­n pengalaman terdahulu, bekas pelatih SL1M biasanya menjadi rebutan majikan berikutan mereka lebih berkeyakin­an dan mempunyai kemahiran termasuk komunikasi serta kepemimpin­an mereka lebih terserlah.

“Kepada pelatih SL1M yang tidak diserap masuk selepas setahun menjalani latihan di syarikat yang mengambil bahagian, tidak perlu khuatir kerana mereka boleh datang semula kepada kami dan kita akan atur latihan di syarikat lain.

“Pokok pangkalnya, mereka perlu bersikap positif dan bukannya terus berputus asa serta menyalahka­n program ini yang dianggap sia-sia selepas setahun berhempas pulas memberi yang terbaik,” katanya.

Norashikin turut menasihati graduan supaya tidak terlalu memilih pekerjaan sebaliknya berani mencuba bidang yang baru dan berlainan.

Mengambil Belgium sebagai inspirasi, negara itu diperkukuh dengan sistem pendidikan yang mewajibkan teori dan kemahiran bergerak seiring.

Justeru, mereka tidak mengalami masalah penganggur­an dalam kalangan belia, malah pendapatan mereka yang berkemahir­an lebih tinggi berbanding pekerja makan gaji di pejabat semata-mata.

Menerusi forum itu juga, Norashikin mengumpul pengetahua­n baru di mana pentingnya untuk setiap negara melalui kerajaanny­a perlu berganding bahu, bergerak seiring dan mendengar pandangan rakyat serta pihak industri bagi mewujudkan pekerjaan dan kemakmuran.

Sementara itu, lebih

5,000 jawatan kosong menanti graduan serta pencari kerja pada Program Temuduga Terbuka SL1M peringkat Sabah pada 22 dan 23 Julai ini.

Program itu akan diadakan di Dewan Canselor, Universiti

Malaysia Sabah (UMS) bermula jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang dan orang ramai dijemput hadir untuk merebut peluang yang diberikan ini.

 ??  ?? WAKIL dari negara lain memberikan input dalam mengatasi kadar penganggur­an.
PERWAKILAN kerajaan dari pelbagai negara yang terpilih mengikuti UNPSF2017.
WAKIL dari negara lain memberikan input dalam mengatasi kadar penganggur­an. PERWAKILAN kerajaan dari pelbagai negara yang terpilih mengikuti UNPSF2017.
 ?? Norashikin ?? Sehingga kini, seramai lebih 120,000 graduan berjaya dibantu SL1M untuk mendapatka­n pekerjaan”
NORASHIKIN bertukar pandangan dengan perwakilan antarabang­sa.
Norashikin Sehingga kini, seramai lebih 120,000 graduan berjaya dibantu SL1M untuk mendapatka­n pekerjaan” NORASHIKIN bertukar pandangan dengan perwakilan antarabang­sa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia