Harian Metro

11,000 berjaya keluar kelompok miskin tegar

-

Seremban: Lebih 11,000 peserta kalangan miskin tegar daripada 21,000 yang menyertai Program Azam Tani (PAT), berjaya keluar daripada kelompok itu selepas menyertai program berkenaan sejak 2014.

Setiausaha Bahagian Industri Asas Tani, Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani Norison Ramli berkata, pihaknya menyasarka­n 8,000 lagi peserta miskin tegar dapat keluar daripada kelompok itu tahun ini.

Menurutnya, projek PAT dilaksanak­an dalam dua bentuk iaitu berkelompo­k dan individu.

Projek berkelompo­k membabitka­n pertubuhan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) termasuk anak yatim, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) manakala individu pula tersenarai dalam sistem E-kasih.

Menurutnya, antara projek dilaksanak­an termasuk tanaman rock melon, cili fertigasi, ternakan kupang dan burung puyuh serta produk industri asas tani yang lain.

“Peserta diberi peruntukan dana dan pelaksanaa­n projek dengan bantuan agensi seperti Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) serta Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

“Sehingga kini, ada 10 projek luar bandar mencapai kejayaan apabila peserta keluar daripada senarai miskin tegar dengan pendapatan bulanan lebih RM900,” katanya ketika ditemui selepas majlis Jom Petik Buah Rock Melon di PPK Seremban, Labu, di sini, kelmarin.

Projek Rock Melon yang pertama dijalankan di negeri ini membabitka­n tanaman 8,000 pokok di kawasan seluas 0.8 hektar dan dijalankan PPK Seremban dengan kerjasama Pusat Dalam Komuniti Taman Panchor Jaya.

 ??  ?? NORISON
NORISON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia