Harian Metro

Dakwa guru tumbuk

 Anak takut ke sekolah

- Noor Atiqah Sulaiman am@hmetro.com.my

Murid tahun tiga sebuah sekolah rendah di Presint 11, Putrajaya kini trauma dan mengalami kecederaan selepas mendakwa ditumbuk di bahagian kepala oleh guru bahasa Inggeris pada 12 Julai lalu.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa memaklumka­n guru lelaki terbabit menumbuk kepalanya dengan kuat hanya kerana gagal menjawab soalan bahasa Inggeris.

Tindakan guru itu menyebabka­n kanak-kanak lelaki berkenaan terjatuh dan terkena bucu meja dalam kelas terbabit.

Ibu mangsa, Nur Syaheerah Sutchira Abdullah, 32, berkata, anak sulung dari dua beradik itu mengadu mengalami pening, loya dan sakit pada bahagian belakang selepas mengambiln­ya dari sekolah.

“Ketika dimaklumka­n mengenai perbuatan cikgu berkenaan, saya terkejut kerana ini perbuatan yang paling teruk dilakukan guru itu kerana sebelum ini anak pernah memberitah­u dia diketuk di kepala dan dicubit.

“Tetapi, selepas mengetahui dia tumbuk sehingga mengalami kecederaan, saya memandang perkara ini sangat serius, malah kejadian ini turut disahkan oleh rakan sekelas anak saya pada hari kejadian,” katanya ketika ditemui media pada sidang akhbar mengenai kejadian itu oleh Per- tubuhan Perpaduan dan Usahasama (PADU), semalam.

Berikutan itu, Nur Syaheerah Sutchira berkata, dia dan suami, Mubashir Ansari, 36, membawa anak mereka ke klinik untuk mendapatka­n rawatan dan pengesahan daripada doktor berhubung kecederaan yang dialami anak mereka.

Malah, mereka turut membuat laporan polis pada 14 Julai lalu.

Menurutnya, perkara itu turut dimaklumka­n kepada guru besar sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), namun anaknya hanya disarankan untuk mengikuti kaunseling, selain diminta menarik balik laporan polis yang sudah dibuat.

“Guru besar dan PIBG mempertaha­nkan tindakan guru berkenaan, pada masa sama mereka turut mengancam untuk menyaman jika kami terus mengambil tindakan.

“Namun, jika saya tidak mengambil sebarang tindakan bagaimana dengan nasib anak kami yang kini takut untuk ke sekolah,” katanya.

Harian Metro turut menghubung­i pihak sekolah untuk mendapatka­n penjelasan, namun kerani memaklumka­n guru besar enggan diganggu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Rosly Hassan, mengesahka­n menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

FAKTA Murid tahun tiga didakwa gagal jawab soalan Bahasa Inggeris

 ??  ?? PRESIDEN PADU, Mohd Faizan Alias (kiri) bersama Mubashir , Nur Syaheerah dan anak mereka menunjukka­n laporan polis dan
laporan perubatan.
PRESIDEN PADU, Mohd Faizan Alias (kiri) bersama Mubashir , Nur Syaheerah dan anak mereka menunjukka­n laporan polis dan laporan perubatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia