Harian Metro

Tokoh karyawan kempunan pengat labu

-

Shah Alam: Tokoh karyawan yang juga penulis buku Bukit Kepong, Ismail Johari, 70, menghembus­kan nafas terakhir akibat penyakit paru-paru kronik di Hospital Shah Alam, kelmarin.

Beliau yang mengalami kesukaran untuk bernafas disahkan meninggal dunia pada jam 11. 59 malam.

Isteri Allahyarha­m, Rozita Mohd Nazir, 65, berkata, dia dan suaminya sebelum itu menikmati makan malam di sebuah restoran di Bukit Jelutong, Shah Alam, kira-kira jam 9.45 malam.

“Ketika itu, keadaannya masih stabil dan dia sempat membuat panggilan video bersama anak bongsu kami yang melanjutka­n pengajian di United Kingdom.

“Namun, ketika menuju ke kereta untuk pulang, dia tiba-tiba mengalami kesukaran bernafas dan rebah di atas jalan. Saya kemudian meminta bantuan orang ramai sebelum disahkan meninggal dunia di hospital,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a, semalam.

Kata Rozita, dia terkilan berikutan arwah ada membeli sebij buah labu untuk membuat pengat kegemarann­ya.

“Apabila membuka peti ais selepas majlis pengebumia­n suami, hati saya tersentuh melihat labu berkenaan yang tidak sempat dimasak untuknya,” katanya sebak.

Menurutnya, suaminya amat kuat bekerja dan sentiasa merendah diri sehingga membuatkan keluarga begitu menyanjung­inya.

“Saya tidak akan melupakan kenangan bersama arwah di Lombok, Indonesia ketika menyambut ulang tahun perkahwina­n kami ke-43, baru-baru ini.

“Arwah langsung tidak pernah membuat perkara romantik seumpama itu dan saya sempat menyimpan rakaman video yang akan sentiasa dilihat ketika merinduiny­a,” katanya.

 ??  ?? ISMAIL alami kesukaran bernafas berikutan penyakit paru-paru kronik.
ISMAIL alami kesukaran bernafas berikutan penyakit paru-paru kronik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia