Harian Metro

Pembantu ADUN didakwa hari ini

-

Georgetown: Seorang pembantu khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dijangka didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, kerana mencabul seorang pelayan wanita di sebuah pusat hiburan pada 6 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kes berkenaan dirujuk kepada Pegawai Pendakwa Negeri yang bersetuju menuduh suspek berusia 50 tahun itu.

“Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 354, Kanun Keseksaan iaitu cabul dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebatan,” katanya.

Terdahulu, suspek direman dua hari bagi bantu siasatan kes cabul pelayan wanita di pusat hiburan di kawasan parkir di Lebuh Pantai, di sini, 6 Julai lalu.

Suspek ditahan selepas hadir bersama peguamnya untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL), Khamis lalu. Klang: Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas dakwaan menggunaka­n laman sosial Facebook (FB) untuk menghantar komunikasi palsu iaitu gambar dan membabitka­n sebuah parti politik dengan niat menyakitka­n hati, tahun lalu.

Mohd Nazri Sulaiman, 51, selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Surita Budin.

Dia yang berpakaian kemas kelihatan tenang dan memohon untuk dibicaraka­n.

Mengikut pertuduhan, Mohd Nazri didakwa menggunaka­n laman sosial FB miliknya untuk membuat dan memulakan penghantar­an komunikasi palsu iaitu gambar serta

membabitka­n sebuah parti politik dengan niat menyakitka­n hati orang lain.

Kesalahan didakwa dilakukan jam 6.42 petang, 10 September 2016 sebelum ia dibaca di sebuah restoran di Kampung Sijangkang, di sini, jam 8 malam, 13 September lalu.

 ??  ?? MOHD Nazri (kanan) di luar Mahkamah Sesyen Klang, semalam.
MOHD Nazri (kanan) di luar Mahkamah Sesyen Klang, semalam.
 ??  ?? ANUAR
ANUAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia