Harian Metro

Bongkar 8 jam

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my

 Lapan pegawai SPRM bawa keluar 3 kotak dokumen FIC berkaitan pembelian hotel di London

Selepas lapan jam berada Balai FELDA, Jalan Gurney, pegawai dan anggota Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akhirnya membawa keluar dokumen daripada FELDA Invesment Corporatio­n (FIC) bagi membantu siasatan.

Mereka yang tiba kira-kira jam 10.20 pagi semalam dipercayai untuk mengambil dokumen berkaitan siasatan terhadap pembelian sebuah hotel empat bintang di Kensington, London.

Semua dokumen berkenaan dibawa keluar lapan pegawai SPRM dari tingkat empat sebelum meninggalk­an Balai FELDA dengan menaiki dua kenderaan SPRM jam 5.45 petang.

Difahamkan semua dokumen yang terdiri daripada tiga kotak dan dua bagasi itu sudah menjalani proses sia- satan awal sebelum dibawa keluar untuk dibawa ke Putrajaya.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahka­n perkara itu dan memberitah­u pasukan siasatan akan meneliti semua dokumen serta maklumat yang diperoleh.

Beliau berkata, saksi penting akan mula dipanggil hari ini untuk merakam percakapan bagi membolehka­n pasukan penyiasat melengkapk­an kertas siasatan.

Sementara itu, FIC dalam satu kenyataan mengesahka­n kehadiran lapan pegawai SPRM ke pejabat FIC untuk menyiasat pembelian hotel di London.

Katanya, FIC memberikan kerjasama penuh sepanjang proses siasatan oleh pihak SPRM.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjay­a SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad dilaporkan berkata, berdasarka­n siasatan awal FIC dipercayai membeli hotel itu pada harga jauh lebih tinggi berbanding harga asal hingga menyebabka­n FIC mengalami kerugian jutaan ringgit.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SEPASUKAN pegawai SPRM tiba di Balai FELDA, Jalan Gurney, semalam untuk melakukan siasatan. Gambar kiri, antara dokumen yang dibawa keluar dari FIC.
SEPASUKAN pegawai SPRM tiba di Balai FELDA, Jalan Gurney, semalam untuk melakukan siasatan. Gambar kiri, antara dokumen yang dibawa keluar dari FIC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia