Harian Metro

sebenarnya.my tepis segala berita palsu

-

BEBERAPA minggu lalu, seluruh negara gempar dengan video amatur menunjukka­n nasi yang ditanak boleh membentuk ‘bola getah’ yang melantun apabila dibaling ke lantai. Hal ini dijadikan ‘bukti’ kononnya beras yang dibeli dicampur dengan beras plastik.

Video ini tular dengan pantas. Komentar dan tuduhan orang ramai dilemparka­n kepada syarikat pengeluar beras bukannya sedikit. Jari dituding kepada pelbagai pihak. Semuanya dipersalah­kan hanya bersandark­an andaian yang pastinya datang tanpa sebarang bukti kukuh.

Secara umum, lebih ramai yang percaya beras yang dijual ‘sah’ dicampur plastik berbanding yang sanggup menunggu penjelasan pihak berkuasa atau syarikat pengeluar. Isu beras dicampur plastik bukan perkara baru di rantau ASEAN.

Pada 2015 isu sama pernah menggempar­kan negara jiran, Indonesia. Ia juga timbul di Filipina tidak lama dulu. Di Thailand isu ini timbul pada Januari tahun ini sehingga Menteri Perdaganga­nnya, Apiradi Tantraporn terpaksa mengeluark­an kenyataan rasmi menafikan negara itu mengekspor­t beras plastik.

Sambil anda membaca artikel ini, BBC melaporkan dakwaan kewujudan beras plastik sedang hangat di benua Afrika, terutama di negara seperti Senegal, Gambia dan Ghana. Di sebalik dakwaan ini, hasil siasatan Ghana Food and Drugs Authority mengesahka­n tiada beras plastik dijual di negara itu.

Banyak maklumat

Saban hari aplikasi WhatsApp penulis tidak pernah sunyi daripada menerima mesej berantai. Pelbagai topik yang ‘diforward’ oleh rakan dan ahli keluarga daripada pengetahua­n agama sampailah kepada khabar angin. Meskipun ramai yang sedar tidak semua berita yang masuk ke telefon pintar mereka itu benar, tidak ramai yang sanggup melaburkan masa untuk memeriksa kesahihan khabar angin yang diterima.

Berita sensasi sebegini pula sentiasa datang dan pergi. Dijawab hari ini, ia akan hadir lagi pada tahun akan datang. Atas sebab itulah Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil langkah menyediaka­n pusat rujukan dalam talian demi membantu orang ramai memeriksa dan mengesahka­n kesahihan sesuatu khabar angin.

Portal ‘sebenarnya.my’ kelolaan SKMM dilancarka­n 14 Mac 2017 oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr

Salleh Said Keruak sebagai pusat sehenti bagi orang ramai menyemak dan menyalurka­n maklumat yang diterima dalam talian. Ia satu daripada beberapa usaha SKMM menangani masalah penularan berita palsu.

Kesahihan fakta

Menurut Pengarah Kanan, Bahagian Advokasi dan Jangkauan SKMM, Eneng Faridah Iskandar peranan sebenarnya.my lebih kepada repositori dan arkib bagi berita berunsur palsu melibatkan kepentinga­n awam dan negara.

“Setiap bahan yang disiar di portal ini memiliki ciri antara sudah dinafikan atau diperjelas secara rasmi oleh agensi kerajaan yang berkaitan,” jelas beliau. Penjelasan atau penafian maklumat dibuat dengan terlebih dulu merujuk kepada sumber seperti kenyataan media, kenyataan di laman sesawang rasmi kementeria­n, jabatan atau agensi terbabit mahupun kenyataan yang disiarkan dalam laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Sesuai dengan peranannya, portal ini tidak dibina dengan niat menjadi medium yang mendahului pihak kementeria­n, jabatan, agensi mahupun media massa. Nilai tambah yang diberi portal sebenarnya.my adalah pemudah cara bagi orang awam yang mahukan pengesahan maklumat di laman sesawang yang boleh dipercayai kredibilit­inya.

Ciri mudah guna

“Dalam kalangan masyarakat kita masih ada yang belum ada kebolehan atau kepakaran untuk mendapatka­n sumber rasmi berkenaan sesuatu isu atau maklumat. Apabila mereka tiba di satu-satu laman sesawang atau blog, kadang-kadang mereka pun tidak pasti siapa yang mengesahka­n sesuatu bahan yang disiarkan. Jadi SKMM bantu mereka ‘fact checking’,” katanya.

Eneng juga berharap dengan adanya kemudahan seperti sebenarnya.my akan dapat mendidik masyarakat dan membudayak­an amalan memeriksa dulu maklumat yang diterima sebelum disebarkan kepada orang lain. Paparan laman sebenarnya.my direka khas untuk memudahkan pengguna. Setiap kes yang disiarkan di laman ini disertakan dengan maklumat sumber khabar angin, kemudian diberi penjelasan umum mengenai kesahihan berita itu. Bagi orang ramai yang mahu mendapatka­n maklumat lanjut, pautan kepada sumber rasmi penjelasan atau penafian ada disediakan pada akhir artikel.

Terdapat juga kotak carian yang membolehka­n pengguna membuat carian pantas isu menggunaka­n kata kunci. Contohnya bila dimasukkan kata kunci ‘pesawat’, portal ini menyenarai­kan khabar angin terkait pesawat yang pernah tular. Antaranya seperti khabar angin kononnya bangkai MH370 ditemui di Filipina pada Oktober 2015, cerita palsu yang mengatakan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

Bakal Menyewa Pesawat Tempur Gripen Daripada Sweden dan penafian kononnya ada pesawat

TUDM terhempas di Butterwort­h pada Mac 2017.

Bukan untuk peribadi

Eneng menjelaska­n, sesuai dengan tujuan asal portal ini

untuk memberi maklumat sahih demi kepentinga­n awam dan negara, portal ini tidak boleh diguna sewenang-wenangnya untuk kepentinga­n peribadi. Isu yang tiada dalam skop berita portal ini seperti isu peribadi, agenda oleh orang persendiri­an, syarikat atau mana-mana parti politik, isu sensitif berkaitan pemimpin masyarakat dan apa juga berita yang tidak memenuhi tujuan asal portal.

Bagaimanap­un, orang ramai yang berhajat menyalurka­n maklumat untuk perhatian SKMM boleh berbuat demikian melalui saluran yang disediakan seperti laman https://aduan.skmm.gov.my atau melalui e-mel aduanskmm@cmc.gov.my atau melalui aplikasi Whatsapp nombor +6016 2206 262.

Kadar penembusan jalur lebar di Malaysia setakat suku keempat 2016 adalah 77.6 peratus. Sepanjang 2016, SKMM menerima 352 aduan kes penggodama­n, penipuan cinta dan ‘sextortion’ (329), penipuan pembelian barangan dalam talian (287), penipuan (261) dan ‘phising’ (40).

“Untuk kepentinga­n masyarakat, SKMM akan terus bekerjasam­a erat dengan jabatan dan agensi kerajaan bagi tujuan menyalurka­n maklumat yang tepat. Kami akan terus memperbaik­i kandungan dan portal ini dari semasa ke semasa,” kata Eneng. – BERNAMA

 ??  ??
 ??  ?? BANYAK berita palsu mengenai pesawat MH370 yang tersebar.
BANYAK berita palsu mengenai pesawat MH370 yang tersebar.
 ??  ?? BERAS tulen (kiri) dan beras plastik yang sudah dimasak
ketika ujikaji awal.
BERAS tulen (kiri) dan beras plastik yang sudah dimasak ketika ujikaji awal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia