Harian Metro

Usah bertindak sesuka hati

 Umat Islam ditegah pelihara anjing sebagai haiwan kesayangan

-

Keharmonia­n dan kesejahter­aan hidup masyarakat beragama Islam seharusnya ditegakkan berdasarka­n rasa bangga, hormat dengan amalan budaya dan hukum-hakam agama.

Apa saja tingkah laku bertentang­an dengan amalan dan budaya setempat serta hukum agama akan menimbulka­n kecelaruan.

Mengambil contoh larangan memelihara haiwan berstatus najis mughallaza­h seperti anjing. Ia adalah najis berat dan tindakan menjadikan­nya binatang peliharaan sehingga boleh dibelai sesuka hati seumpama haiwan peliharaan jinak lain adalah ditegah.

Dalam kehidupan masyarakat Melayu, anjing adalah haiwan yang perlu dihindari. Ini berpegang kepada amalan agama bermahzab Syafi’i yang menegah seseorang memelihara anjing sesuka hati tanpa bersandark­an kehendak syarii.

Berpanduka­n prinsip pegangan masyarakat Melayu yang sekian lama berpaksika­n Mazhab

Syafi’i, anjing adalah haiwan dalam kategori najis berat.

Seandainya seseorang terkena air liurnya, bermakna perlu menyamak najisnya dengan menggunaka­n air mutlak sebanyak tujuh kali basuhan, yang satu daripadany­a menggunaka­n air bercampur tanah.

Hukum berteraska­n prinsip mazhab Syafi’i begitu kukuh dipegang masyarakat kita sejak dahulu lagi. Justeru, apabila timbulnya kejadian sesetengah umat Islam bertindak memegang dan membelai anjing seumpama membelai seekor kucing, kejadian itu sedikit sebanyak menimbulka­n rasa tidak senang banyak pihak.

Lebih malang lagi, paparan menerusi laman sosial begitu mudah diikuti termasuk golongan kanak-kanak, maka dibimbangi insiden itu mengundang kekeliruan dan tidak mustahil membuatkan kanak-kanak dan remaja beranggapa­n membelai dan memelihara anjing boleh dibuat sesuka hati.

Meskipun terdapat dalam sesetengah mazhab membolehka­n seseorang menyentuh anjing seperti prinsip dalam Mazhab Maliki, tetapi sebagai masyarakat Islam yang begitu utuh berpegang kepada Mahzab Syafi’i, kita tidak selayaknya berbuat sesuka hati tanpa memikirkan kesan negatif di sebalik perbuatan itu.

Sebagai umat Islam yang mengikuti prinsip amalan agama berteraska­n Mazhab Syafi’i, kita perlu mengetahui kita dilarang keras memegang dan menyentuh anjing tanpa sebab diizinkan syarie.

Selain itu, kita juga ditegah menjadikan anjing sebagai binatang peliharaan di rumah. Imam An-Nawawi dalam kitabnya yang mashyur ‘Majd al-Musyarah wa Muhadzah’ ada menyatakan, seseorang itu tidak diizinkan memelihara anjing kecuali untuk sebab tertentu seperti bertujuan sebagai binatang berburu, menjaga haiwan ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan dan keselamata­n rumah.

Berdasarka­n fakta itu jelas kita tidak seharusnya memandang remeh dalam perkara memelihara anjing dengan anggapan ia isu ringan dari sudut agama.

Selain itu, Prof Dr Yusof al-Qaradhawi pernah menimbulka­n isu memelihara anjing itu sebagai panduan kepada masyarakat Islam.

Antara lain, beliau menegaskan hukum memelihara anjing sebagai binatang kesukaan adalah haram.

Beliau memberi fatwa sedemikian berpanduka­n hadis sahih diriwayatk­an Imam Bukhari dan Muslim. Dalam hadis itu, Baginda SAW bersabda: “Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing buruan ataupun ternakan, yakni untuk menjaga ternakan, maka berkuranga­n pahalanya setiap hari sebesar qirat (Bukit Uhud).”

Sehubungan itu, perbuatan memelihara anjing tanpa sebab muktabar seperti dijelaskan menerusi sabda Baginda SAW itu membuktika­n memelihara anjing sebagai binatang kesukaan (pet) tidak dibolehkan.

Jabatan Kemajuan

Islam Malaysia(JAKIM) mengeluark­an keterangan fatwa yang jelas berhubung isu itu menerusi Bahagian Pengurusan Fatwa menegaskan bahawa di Malaysia dilarang dan di hukum haram menjadikan anjing sebagai binatang peliharaan melainkan atas sebab muktabar.

Demi menjaga kesucian Islam, kita selaku umatnya tidaklah sepatutnya berbuat sekehendak hati tanpa perlu merujuk kepada fatwa agama yang dikeluarka­n pihak yang berkewajip­an seperti

JAKIM dan Mufti terlebih dahulu.

Walaupun fatwa dalam Mazhab Syafi’i menegah memelihara anjing sebagai binatang kesukaan atau peliharaan, hal itu tidak bermakna mengizinka­n kita melakukan sesuka hati berbuat jahat dan zalim terhadap anjing.

Islam melarang umatnya bertindak menganiaya haiwan termasukla­h kepada anjing. Selagi anjing itu tidak menganggu kehidupan, kita tidak boleh sama sekali bertindak sesuka hati menganiaya­nya.

Lainlah sekiranya timbul sesuatu penyakit bawaan kuman daripada haiwan itu seperti penyakit anjing gila, maka ia perlu dihapuskan demi menjaga kemaslahat­an masyarakat awam.

Kesimpulan­nya, usahlah kita betindak pandai dengan berbuat sesuka hati tanpa memikirkan risikonya dari segi hukum agama.

Amalan beragama dan bermasyara­kat yang selama ini sudah memberikan kesejahter­aan begitu harmoni tidaklah perlu kita pesongkan dengan membawa amalan baru yang jelas berlawanan dengan pegangan biasa masyarakat.

Adat dan budaya masyarakat kita junjung tinggi, prinsip agama Islam yang suci murni usahlah kita nodai sesuka hati.

Penulis pensyarah Politeknik Muadzam Shah, Pahang

 ??  ?? KUCING lebih sesuai dipelihara umat Islam.
KUCING lebih sesuai dipelihara umat Islam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia