Harian Metro

Berdakwah timba ilmu

 Alumni COMRADE terus gigih bawa sinar hidayah meskipun kebanyakan anggota sudah berumahtan­gga

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

Pengalaman berjalan lebih 10 jam ke beberapa perkampung­an Orang Asli di Cameron Highlands ketika menuntut di Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) sedekad lalu, menimbulka­n bibit kecintaan buat sekumpulan anak muda ini untuk terus berdakwah kepada golongan minoriti itu meskipun ramai antara penggiatny­a sudah berkeluarg­a dan berkerjaya tetap.

Paling membuatkan mereka terharu apabila melihat kanak-kanak Orang Asli yang diajar asas fardu ain ketika aktif bersama Kajian Kemasyarak­atan Untuk Pembanguna­n Orang Asli (COMRADE) di UIAM dulu kini mampu menjadi imam kepada penduduk kampung.

Bagi meneruskan legasi COMRADE yang ditubuhkan sejak 1992, mereka kini menubuhkan Alumni COMRADE sebagai platform untuk terus membantu Orang Asli dengan pendekatan lebih kreatif dan terkini.

Presiden Alumni COMRADE Muhammad Shukri Abdul Razak, 34, berkata, ba- nyak pengalaman indah dan ilmu yang diperoleh bersama COMRADE kerana mereka bukan saja mengajar, tetapi turut belajar.

“Meskipun tujuan asal kami adalah untuk mengajar Orang Asli mengenai asas fardu ain seperti mengaji al-Quran dan solat, tetapi pada masa sama kami juga belajar ilmu kemahiran hidup bersama mereka.

“Jika waktu pagi kami mengajar al-Quran dan solat, pada waktu petang pula kami ikut mereka ke hutan belajar ilmu membuat jerat, mencari akar kayu dan mengenali flora serta fauna di sana,” katanya.

Menurutnya, menyelami kehidupan bersama Orang Asli sangat unik kerana golongan itu mudah mesra dan sangat suka menolong jika kena caranya.

“Sebab itulah, kita perlu merendah diri dan jangan segan untuk makan bersama serta mendukung anak kecil mereka untuk menunjukka­n kita bersungguh dan mesra.

“Orang Asli memang pemalu, jadi kita dululah yang perlu memulakan interaksi dan dari situ baru timbul kemesraan serta mudah untuk melakukan aktiviti seterusnya,” katanya.

Katanya, biasanya Alumni COMRADE akan mengadakan program selama tiga hari dua malam di perkampung­an Orang Asli sekitar Cameron Highlands seperti Kampung Kuala Boh, Kampung Susu, Kampung Habu, Kampung Tiat dan Kampung Teji.

Menurutnya, selain itu, mereka juga aktif di beberapa perkampung­an Orang Asli sekitar Sungai Siput, Perak dan Jeli serta Gua Musang di Kelantan.

“Kami mengadakan pelbagai aktiviti bersama penduduk kampung seperti kelas fardu ain, usrah, tazkirah, sukaneka, program helwani, tuisyen dan ziarah.

“Kebanyakan aktiviti ini diadakan secara santai di tempat terbuka seperti bawah pokok, tepi sungai dan wakaf.

“Malah, kami juga pernah mengadakan majlis sambutan Hari Raya dan program korban di perkampung­an Orang Asli,” katanya.

Muhammad Shukri berkata, selain belajar menguruska­n program, mereka juga dapat belajar menjadi imam, menyampaik­an tazkirah, memasak dan mengenali spesies haiwan serta tumbuhan hutan.

“Ketika di rumah atau kampus, bukan semua boleh menjadi imam kerana biasanya orang berpendidi­kan agama diberi keutamaan, tetapi ketika di perkampung­an Orang Asli setiap orang akan bergilir menjadi imam mengikut jadual, begitu juga aktiviti lain seperti memasak dan memberi tazkirah,” katanya.

Meskipun tujuan asal kami adalah untuk mengajar Orang Asli mengenai asas fardu ain seperti mengaji al-Quran dan solat, tetapi pada masa sama kami juga belajar ilmu kemahiran hidup bersama mereka”

Muhammad Shukri

 ??  ?? KANAK-KANAK Orang Asli tekun belajar cara mengambil wuduk. SUKARELAWA­N memeluk kanak-kanak Orang Asli sebelum berpisah. PROSES pembelajar­an dijalankan secara santai oleh sukarelawa­n Alumni COMRADE.
KANAK-KANAK Orang Asli tekun belajar cara mengambil wuduk. SUKARELAWA­N memeluk kanak-kanak Orang Asli sebelum berpisah. PROSES pembelajar­an dijalankan secara santai oleh sukarelawa­n Alumni COMRADE.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia