Harian Metro

Lonjak ke Tahap 2

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

 Kedudukan Malaysia meningkat selepas tambah usaha antipemerd­agangan manusia

Bermula Januari hingga Jun lalu, sebanyak 254 kes pemerdagan­gan orang dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan dengan 67 daripadany­a berjaya disabitkan kesalahan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, daripada jumlah keseluruha­n sabitan, sebanyak 43 kes membabitka­n kesalahan pemerdagan­gan orang manakala, 24 kes lagi kesalahan lain berunsur pemerdagan­gan orang.

Menurutnya, pada masa sama, bagi tempoh Januari hingga Mei lalu, sebanyak 363 kes jumlah tangkapan direkodkan.

Dalam pada itu, beliau berkata, Malaysia sebelum ini pernah berada di kedudukan Tahap 2 (Pemerhatia­n) selama lapan kali kerana tidak menunjukka­n peningkata­n ketara dalam usaha membantera­s jenayah pemerdagan­gan orang berbanding tahun sebelumnya.

“Bagaimanap­un, kedudukan negara melonjak ke Tahap 2 pada tahun ini kerana negara sudah melaksanak­an usaha yang signifikan untuk mematuhi Konvensyen Jenayah Rentas Sempadan PBB (UNTOC) dan Akta Perlindung­an Pemerdagan­gan dan Keganasan (TVPA) 2000.

“Ini adalah komitmen tinggi dan usaha berterusan ditunjukka­n ahli Jawatankua­sa Peringkat Tertinggi (HLC) Majlis Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran (MPO) dalam peningkata­n siasatan, pendakwaan dan sabitan kes pemerdagan­gan orang termasuk beberapa penambahbi­akan dalam aspek perlindung­an mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Kenyataan itu dikeluarka­n selepas beliau mempengeru­sikan Mesyuarat HLC MPO Kali Kedua di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Agenda mesyuarat semalam menumpukan pen- capaian negara berkaitan Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) mengenai pemerdagan­gan orang serta langkah penambahba­ikan bagi penilaian tahun akan datang.

Selepas mesyuarat berkenaan, Ahmad Zahid turut menyampaik­an dana berjumlah RM1.38 juta kepada Pusat Kebajikan Good Shepherd dan Tenaganita Sdn Bhd sebagai projek perintis pengurusan mangsa pemerdagan­gan orang.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan melihat pembabitan badan bukan kerajaan (NGO) dalam pengurusan mangsa pemerdagan­gan orang sebagai satu perkembang­an positif dan perlu diteruskan bagi memastikan kebajikan mangsa dapat dipelihara dan tanggungja­wab dikongsi bersama.

Katanya, ia selaras dengan komitmen negara bagi melaksanak­an pindaan Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang berkuat kuasa sepenuhnya mulai November 2015.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata, mesyuarat yang berlangsun­g semalam turut mengambil maklum hari kesedaran jenayah pemerdagan­gan orang (Hari Menentang Perdaganga­n Orang Sedunia) yang akan diadakan pada 30 Julai setiap tahun seperti terkandung dalam resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2013.

 ??  ?? AHMAD Zahid ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Peringkat Tertinggi HLC MAPO.
AHMAD Zahid ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Peringkat Tertinggi HLC MAPO.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia