Harian Metro

3 PANEL SIASAT 4 INDIVIDU

FGV jangka keputusan siasatan dalaman selesai 14 Ogos ini

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

FELDA Global Ventures Bhd (FGV) menjangkak­an keputusan panel siasatan dalaman berhubung isu berkaitan dengan hutang tertunggak Safitex Trading LLC dapat dimuktamad­kan pada 14 Ogos ini.

Pemangku Pengerusi FGV, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob berkata, panel siasatan dalaman sudah dilantik dan akan dianggotai tiga panel bebas yang terdiri daripada individu dalam FGV.

Katanya, panel siasatan dalaman FGV akan memulakan prosidingn­ya terhadap empat individu penting dalam syarikat termasuk Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Zakaria Arshad dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Ahmad Tifli Mohd Talha bermula 24 Julai ini.

“Tiada sebarang konspirasi untuk menjatuhka­n sesiapa dan siasatan ini akan dibuat secara telus dan adil. Malah, siasatan dalaman juga dianggotai panel bebas. “Keputusan hanya akan dibuat selepas hasil siasatan diterima dan kita akan tentukan kedudukan mereka selepas selesai segala siasatan itu nanti,” katanya pada sidang media di majlis sambutan Aidilfitri, di sini, semalam.

Selain itu, beliau turut menafikan adanya campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu membabitka­n FGV.

FGV dalam makluman kepada Bursa Malaysia, baru-baru ini, berkata lembaga pengarah juga memutuskan untuk menghantar nota peringatan kepada Zakaria bagi mengingatk­an beliau bahawa ketika bercuti, beliau masih kakitangan FGV dan terikat dengan kod tata laku dan etika perniagaan syarikat bagi kakitangan.

FGV berkata, semasa proses siasatan itu, lembaga tidak akan mengulas atau campur tangan berhubung perkara terbabit.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia