Harian Metro

Pelabur ASNB di Sabah dijangka meningkat

-

Kuala Lumpur: Permodalan Nasional Berhad (PNB) yakin pelabur yang melabur dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) di Sabah akan terus meningkat apabila negeri itu merekodkan pertumbuha­n tahunan 10.8 peratus.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, pemegang saham ASNB bagi negeri itu berjumlah 1.43 juta dengan nilai pegangan pelaburan 19.6 bilion unit amanah sekali gus menjadikan Sabah sebagai negeri kedua tertinggi daripada segi jumlah pelabur.

“Kami yakin jumlah pelabur di Sabah akan meningkat dan pelbagai usaha akan dilaksanak­an untuk mencapainy­a dan biarpun terdapat peningkata­n setiap tahun, kami berharap jumlah itu akan lebih baik pada masa hadapan.

“Jika boleh, kami mahu menembusi populasi rakyat negeri Sabah yang berjumlah lebih kurang tiga juta orang pada masa ini dan menyasarka­n setiap rakyat di Sabah mempunyai akaun ASNB,” katanya kepada media di majlis penyerahan zakat perniagaan kepada wakil negeri Sabah, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB Datuk Abdul Rahman Ahmad dan Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Datuk Mohd Ariffin Mod Ariff.

Abdul Wahid berkata, Selangor turut mencatatka­n jumlah pelabur tertinggi iaitu 1.95 juta dengan nilai pelaburan 49.5 bilion unit amanah diikuti Johor yang mempunyai jumlah pelabur 1.39 juta (ketiga tertinggi) dengan 18.4 bilion unit amanah.

Sementara itu, PNB menyerahka­n cek zakat perniagaan kepada Sabah sebanyak RM19.36 juta.

Pembayaran zakat oleh Kumpulan PNB dikira mengikut haul dan nisab yang sudah ditetapkan. Zakat perniagaan PNB itu tidak meliputi agihan pendapatan untuk pemegang akaun unit amanah yang melabur dalam tabung yang dikendalik­an ASNB.

Pemegang akaun dinasihatk­an supaya melunaskan sendiri zakat bagi pelaburan dalam setiap unit amanah berkenaan.

Kami yakin jumlah pelabur di Sabah akan meningkat dan pelbagai usaha akan dilaksanak­an untuk mencapainy­a”

Abdul Wahid Omar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia