Harian Metro

Jana RM3.04b kepada PNK

- Wan Nur Ameera Meor Rozman bisnes@hmetro.com.my

Industri filem animasi dan kesan visual negara dijangka menyumbang RM3.04 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) dan menghasilk­an lebih daripada 10,000 pekerjaan menjelang 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporatio­n (MDEC) Datuk Yasmin Mahmood berkata, dengan kadar pertumbuha­n yang tinggi untuk nilai eksport bagi segmen industri kandungan kreatif negara bernilai RM1 bilion tahun lalu, pihaknya yakin Malaysia mampu meletakkan dirinya ke peringkat lebih tinggi, selain menjadi salah satu hab teknologi dan kandungan kreatif di rantau ini.

“Pembanguna­n kesan visual dan keupayaan pengeluara­n animasi tempatan sentiasa menjadi keutamaan ke arah mengembang serta memperkuku­hkan industri ini.

“Malah, industri berkenaan juga dijadikan agenda Projek Penggerak Ekonomi (EPP) di bawah Program Transforma­si Ekonomi Malaysia,” katanya pada majlis menandatan­gani memorandum persetujua­n (MoA) membabitka­n kerjasama strategik di antara syarikat animasi tempatan, Animamundi Studio Sdn Bhd (Animamundi) dengan China Film Animation Industry, di sini, semalam.

Menurutnya, segmen terbabit membuktika­n kekuatanny­a apabila menaikkan nama Malaysia di mata dunia melalui kejayaan filem animasi seperti Upin Ipin dan lagu kanak-kanak Didi & Friends yang gah ditayangka­n di pentas antarabang­sa.

Mengulas mengenai kerjasama terbabit, Yasmin berkata, perjanjian itu bakal menyaksika­n kedua-dua pihak bekerjasam­a daripada aspek pembanguna­n serta hak milik intelektua­l produksi animasi untuk pelbagai

 Industri animasi, kandungan kreatif bakal jadikan negara hab teknologi serantau

projek di China dan Amerika Utara.

“Perjanjian terbabit membina asas untuk kedua-dua pihak menjalin kerjasama untuk produksi, pelaburan serta amalan terbaik dalam industri,” katanya.

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Animamundi, Leong Chun Chong berkata, kerjasama berkenaan dilihat berpotensi memberi manfaat kepada industri animasi dan kesan visual di Malaysia.

“Melalui kolaborasi ini, kami mahu meningkatk­an kepakaran teknikal pekerja dalam industri animasi dan kesan visual di Malaysia,” katanya.

 ??  ?? YASMIN (dua dari kiri) bersama Leong (kiri) pada majlis memeterai MoA antara Animamundi dan China Film Animation Industry.
YASMIN (dua dari kiri) bersama Leong (kiri) pada majlis memeterai MoA antara Animamundi dan China Film Animation Industry.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia