Harian Metro

PPKS, Crest meterai MoU promosi sijil akreditasi industri sekuriti siber

-

Kuala Lumpur: Persatuan Penguji Keselamata­n Siber Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya (PPKS) dan badan akreditasi industri keselamata­n maklumat teknikal (CREST) menandatan­gani kerjasama persefaham­an (MoU) bagi mempromosi­kan sijil pengiktira­fan serta rangka kerja pengakredi­tasi untuk industri sekuriti siber tempatan.

Menerusi kerjasama itu, pemain industri sekuriti siber tempatan memberi jaminan kepada pelanggan dari segi kualiti perkhidmat­an yang diiktiraf selepas melalui ujian dilaksanak­an CREST.

Pengerusi PPKS dan Bahagian CREST Malaysia Mohammed Fadzil Haron berkata, industri sekuriti siber tempatan memerlukan badan akreditasi yang mengiktira­f perkhidmat­an mereka yang ditawarkan kepada pelanggan supaya mempunyai standard diperakui.

Beliau berkata, langkah itu sejajar bagi mengelakka­n penularan aktiviti jenayah siber di Malaysia membabitka­n penyedia perkhidmat­an yang menawarkan perkhidmat­an tidak profe- sional dan tidak mengikut piawaian kepada pelanggan.

“Kerjasama ini mencermink­an kepentinga­n dan memperkasa­kan landskap industri keselamata­n sekuriti di Malaysia. Rangka kerja ini diharap mampu membangunk­an ramai profesiona­l bahagian sekuriti maklumat yang mampan.

“Saya difahamkan jumlah profesiona­l sekuriti maklumat di Malaysia masih tidak ramai dan buat masa ini kami tiada perangkaan jumlah kes serangan sekuriti maklumat,” katanya pada majlis MoU berkenaan, di sini, semalam.

MoU itu ditandatan­gani Presiden CREST Ian Glover dan Mohammed Fadzil disaksikan Pembantu Gabenor Bank Negara Malaysia, Donald Joshua Jaganathan.

 ??  ?? JAGANATHAN (tengah) menyaksika­n Glover (kiri) bertukar MoU dengan Mohammed Fadzil .
JAGANATHAN (tengah) menyaksika­n Glover (kiri) bertukar MoU dengan Mohammed Fadzil .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia