Harian Metro

HA lancar pusat pengecatan berteknolo­gi tinggi

-

Kuala Lumpur: HICOM Automotive Manufactur­ers (Malaysia) Sdn Bhd (HA) melancarka­n pusat pengecatan berteknolo­gi tinggi di Pekan, Pahang yang membolehka­n kapasiti pengeluara­n dipertingk­atkan daripada 25,000 kepada 50,000 unit setiap tahun.

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, pelancaran pusat itu seiring dengan hasrat syarikat mengukuhka­n kedudukann­ya sebagai antara pusat pemasangan komponen kenderaan terpilih dalam industri automotif serantau.

Menurutnya, kemudahan terbaru itu sebahagian usaha berterusan kumpulan dalam meningkatk­an kemampuan syarikat untuk menghadapi evolusi Industri 4.0 yang mengubah landskap industri pembuatan.

“Penambahba­ikan konsisten di kilang itu juga menunjukka­n komitmen DRB-HICOM untuk bekerjasam­a dengan kerajaan negeri untuk memastikan pembanguna­n sosioekono­mi yang mampan untuk negeri Pahang,” katanya pada pelancaran pusat pengecatan itu, semalam.

Majlis pelancaran disempurna­kan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob sempena sambutan Aidilfitri. Syarikat itu beroperasi di Pahang selama 30 tahun dan menghasilk­an hampir 500,000 kenderaan penumpang dan komersial daripada 20 jenama antarabang­sa termasuk C Class, E Class, S Class dan GLC Class, FUSO dan MB Actros di bawah jenama Mercedes-Benz.

Ketua Pegawai Eksekutif HA Ismail Pandak berkata, penambahba­ikan itu diyakini mampu meningkatk­an kapasiti pengeluara­n berlandask­an keupayaan pusat terbabit yang beroperasi sepanjang masa tanpa memerlukan tenaga kerja tinggi.

 ??  ?? PUSAT pengecatan berteknolo­gi tinggi membolehka­n kapasiti pengeluara­n HA dipertingk­atkan daripada 25,000 kepada 50,000 unit setiap tahun.
PUSAT pengecatan berteknolo­gi tinggi membolehka­n kapasiti pengeluara­n HA dipertingk­atkan daripada 25,000 kepada 50,000 unit setiap tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia